Saturday, November 24, 2012

Assalamualaikum~

Selamat hari Sabtu yang indah.. Muka ada banyak senyum aku di sini. Hehehehe. Alhamdulillah aku dan keluarga siha sihat sahaja. Tinggal lagi dua paper je, perdagangan dengan seni. Selepas ni, boleh la aku bergelak ketawa dengan hati yang lega! Oh gosh! Seriusly, sampai saat ni hati aku masih belum tenang lagi setiap kali terfikirkan SPM. Cepat cepat la habis ya. Kehkehkeh..

Kenal dari darjah 6 dan si dia darjah 5. Pantang jumpa, mesti macam anjing dengan kucing. Aku maki kau, kau maki aku. Tak sah kalau jumpa tak gaduh. Wajib gaduh ya... Nah, 2 choki choki untuk kau, 2 choki choki untuk aku. 1 botol air, kita kongsi sahaja. Inilah tabiat aku dan dia masa tak puasa sama sama dulu. Selepas aku naik Form 1, kita lost contact. Tiada lagi apa apa khabar dari dia. Tiada.

Selepas beberapa tahun, kau nampak aku di Facebook. Ahaaaa, terima kasih ya Mukabuku. Kau cakap, nama aku di Mukabuku kolot. "Bushuk Masham? Apa tu? Cam bodoh." Dia kalau bercakap, macam tak ada perasaan. Kasar, hati kental, seolah olah hatinya telah mati, macam tetttttt. Sebab tu suatu ketika dahulu, aku jumpa dia, mesti kita gaduh! Gaduh, gaduh dan terus gaduh! Rupa rupanya, dia cakap dia suka tengok muka aku marah. Hahahaha. Dia, sungguh mengada.

Walaupun setelah bertemu semula di Mukabuku, mulut dia masih lagi macam dahulu. Lancang! Aku benci dia. Tapi, aku tak tahu, kenapa perasaan benci tu jadi lain. Hahahaha. Sebab tu, orang orang tua kata, jangan benci benci, nanti lama lama suka. Aku dah termakan sumpah orang tua itu. Mungkin juga, hasil kesabaran aku selama ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU Ya Allah. ^^


Masih lagi dalam mengenal hati budi masing masing. Yang paling aku tak sangka! Dia sebenarnya tak ada la kasar seperti yang aku kata kan tadi. Dia sangat sangat sweet! Macam gula gula. Gila gila pun ada, hahaha. Gila gila dia pun, aku suka dia taw. Hehe. Dia manja~ Dia mengada kadang kadang! Suka tengok cerita cinta! Dan kadang kadang lebih jiwang dari si penyanyi jiwang. Hahaha.. Apa pun, CekHati, terima kasih telah kembali kan keceriaan saya yang telah lama di bunuh oleh orang yang tidak bertanggungjawab di luar sana.. ^^ 

#CekHati, my heart is filled with you and you got me!  

Thursday, November 15, 2012

Assalamualaikum..

Selamat hari Khamis semua. Mudah mudahan kalian semua sihat sihat sahaja hendaknya. Aku baik baik sahaja di sini. Pantas betul masa berlalu sekejap sahaja sudah tiba tahun baru. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk hidup. Aku bahagia bahagia sahaja di sini. Syukran Ya Allah.. ^^

Aku rasa, macam nak duduk Thailand, Chiangmai selama 1 atau 2 bulan. Selepas itu aku akan pulang semula ke Johor Bahru ini. Mak aku akan ke sana bulan 1 tahun depan. Hmm, tengok la keadaan macam mana. Kalau pergi, pergi sahaja. Kalau tak, tak la jawab nya. Hewhew.

Habis SPM, aku nak ambil lesen. Selepas itu, nak ada sebiji kereta. Insya-Allah. Kalau ada rezeki tahun depan, dapat la. Kalau tak ada, masa akan datang pasti ada. Hehehe. Senyum kerang busuk pulak aku di sini. Aku... Hehehe, Alhamdulillah ada seorang mahluk Allah ini telah mampu mewarnai hari hari aku. Cukuplah ini sahaja yang aku dapat beritahu. Hehe..

Aku bahagia sangat. Walaupun kadang kadang ada la juga rindu pada si dia, dan kadang kadang sedih bila terkenang pasal dia. Tapi tak apa, sebab sudah tiba masa nya aku berhenti dari fikir tentang dia. Ya, berhenti. Mudah mudahan, amin..

#Dear awak, dulu setiap saat awak di minda saya, di hati saya. Tapi sekarang ini semuanya sudah tiada. Saya sudah buang awak dari hadir di minda saya dan di hati saya. Kerana tiada gunanya lagi kalau awak tak pernah sedari dan hargainya.

Sunday, November 11, 2012

Assalamualaikum..

Such a beautiful date yesterday, 10/11/12. Its mean, I've been single for one year two month. Alhamdulillah, sihat sehingga saat ini di samping keluarga tercinta. SPM di tangguh sementara waktu, sempena Deepavali yang akan menjelma tak lama lagi. Hmm, aku masih tak mampu nak lelapkan mata walaupun sebenarnya sudah tersangat mengantuk. Tak apa lah, malam masih muda. Hehehe.

Ruang yang kosong di hati manusia, selalu tercari cari untuk di isi sama ada dengan kasih sayang, harapan mahu pun semangat. Tapi kadang kadang apa yang datang pada kita, bukan seperti apa yang kita harapkan. Yang ada cuma kekecewaan, kesedihan dan kesunyian. Harapan aku, semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita. Dan Insya-Allah hari esuk, Allah akan anugerah kan azimat pengubat luka semalam..

Tuesday, November 6, 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masuk hari kedua aku menjawab SPM. Dan Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya baik baik belaka. Terima kasih Ya Allah, terima kasih.. Aku sihat sihat sahaja. Dengar lagu baru kat blog ni? Lagu ni sangat sangat buat aku terasa kat dalam hati ni. Aku masih belum mampu untuk melupakan dia seratus peratus. Walaupun dah lama kami tak behubung. Facebook dia pun aku dah remove dari friend list aku. Aku cuma nak yang terbaik untuk dia dan juga untuk diri aku sendiri. Supaya dengan apa yang aku buat tu, aku mampu melupakan dia. Tapi ternyata, hingga ke saat ini aku masih lagi terfikir kan dia. Sangat kejam perasaan ini. Sangat sangat kejam. :)

Aku masih belum boleh terima sesiapa pun dalam hati aku ni, walaupun seorang mahkluk Allah ni selalu buat aku tersenyum. Aku cuba untuk suka kan dia, tapi aku masih belum mampu. Ya Allah, aku ingin kan perasaan ini pergi jauh dari aku. Jauh, sejauh jauh yang mungkin.. Aku suka buat itu ini dengan diri aku sendiri sahaja. Berkawan sahaja yang aku inginkan, lebih lebih belum ada lagi dalam hati aku.

Aku sayang kan keluarga aku. Sangat sangat sayang kan mereka. Cukup bagi aku, mereka dan Allah di sisi aku. Cuma, aku kadang kadang benci, kenapa setiap kali perasaan bodoh ini hadir, membuatkan aku sangat lemah. Tolong la wahai perasaan yang bodoh ini, sila kan pergi jauh jauh dari hidup aku. Start SPM haritu, aku berharap sangat dia wish, ternyata tiada. Malah, terdapat lebih dari 10 orang yang wish, lebih, sangat lebih. Dan pekara ini buat aku tersedar, bahawa tersangat lah ramai orang lain yang masih care kan aku, sayang kan aku. Ya Allah, terasa beruntung sangat diri aku ini. Ya Allah, sekali lagi terima kasih banyak banyak.. 

Kadang kadang aku tertanya tanya. Sangat tertanya tanya. Dan aku temui sendiri jawapannya. "Hanya di perlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang." Dan itu lah kenyataannya.  Sabar itu indah. Ya, aku tahu sabar itu indah. Senyum selalu Abrizah..!