Assalamualaikum~
Selamat hari Sabtu yang indah.. Muka ada banyak senyum aku di sini. Hehehehe. Alhamdulillah aku dan keluarga siha sihat sahaja. Tinggal lagi dua paper je, perdagangan dengan seni. Selepas ni, boleh la aku bergelak ketawa dengan hati yang lega! Oh gosh! Seriusly, sampai saat ni hati aku masih belum tenang lagi setiap kali terfikirkan SPM. Cepat cepat la habis ya. Kehkehkeh..
Kenal dari darjah 6 dan si dia darjah 5. Pantang jumpa, mesti macam anjing dengan kucing. Aku maki kau, kau maki aku. Tak sah kalau jumpa tak gaduh. Wajib gaduh ya... Nah, 2 choki choki untuk kau, 2 choki choki untuk aku. 1 botol air, kita kongsi sahaja. Inilah tabiat aku dan dia masa tak puasa sama sama dulu. Selepas aku naik Form 1, kita lost contact. Tiada lagi apa apa khabar dari dia. Tiada.
Selepas beberapa tahun, kau nampak aku di Facebook. Ahaaaa, terima kasih ya Mukabuku. Kau cakap, nama aku di Mukabuku kolot. "Bushuk Masham? Apa tu? Cam bodoh." Dia kalau bercakap, macam tak ada perasaan. Kasar, hati kental, seolah olah hatinya telah mati, macam tetttttt. Sebab tu suatu ketika dahulu, aku jumpa dia, mesti kita gaduh! Gaduh, gaduh dan terus gaduh! Rupa rupanya, dia cakap dia suka tengok muka aku marah. Hahahaha. Dia, sungguh mengada.
Walaupun setelah bertemu semula di Mukabuku, mulut dia masih lagi macam dahulu. Lancang! Aku benci dia. Tapi, aku tak tahu, kenapa perasaan benci tu jadi lain. Hahahaha. Sebab tu, orang orang tua kata, jangan benci benci, nanti lama lama suka. Aku dah termakan sumpah orang tua itu. Mungkin juga, hasil kesabaran aku selama ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMU Ya Allah. ^^
Masih lagi dalam mengenal hati budi masing masing. Yang paling aku tak sangka! Dia sebenarnya tak ada la kasar seperti yang aku kata kan tadi. Dia sangat sangat sweet! Macam gula gula. Gila gila pun ada, hahaha. Gila gila dia pun, aku suka dia taw. Hehe. Dia manja~ Dia mengada kadang kadang! Suka tengok cerita cinta! Dan kadang kadang lebih jiwang dari si penyanyi jiwang. Hahaha.. Apa pun, CekHati, terima kasih telah kembali kan keceriaan saya yang telah lama di bunuh oleh orang yang tidak bertanggungjawab di luar sana.. ^^

#CekHati, my heart is filled with you and you got me! ♥

No comments:
Post a Comment