Assalamualaikum..
Alhamdulillah masuk hari kedua aku menjawab SPM. Dan Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya baik baik belaka. Terima kasih Ya Allah, terima kasih.. Aku sihat sihat sahaja. Dengar lagu baru kat blog ni? Lagu ni sangat sangat buat aku terasa kat dalam hati ni. Aku masih belum mampu untuk melupakan dia seratus peratus. Walaupun dah lama kami tak behubung. Facebook dia pun aku dah remove dari friend list aku. Aku cuma nak yang terbaik untuk dia dan juga untuk diri aku sendiri. Supaya dengan apa yang aku buat tu, aku mampu melupakan dia. Tapi ternyata, hingga ke saat ini aku masih lagi terfikir kan dia. Sangat kejam perasaan ini. Sangat sangat kejam. :)
Aku masih belum boleh terima sesiapa pun dalam hati aku ni, walaupun seorang mahkluk Allah ni selalu buat aku tersenyum. Aku cuba untuk suka kan dia, tapi aku masih belum mampu. Ya Allah, aku ingin kan perasaan ini pergi jauh dari aku. Jauh, sejauh jauh yang mungkin.. Aku suka buat itu ini dengan diri aku sendiri sahaja. Berkawan sahaja yang aku inginkan, lebih lebih belum ada lagi dalam hati aku.
Aku sayang kan keluarga aku. Sangat sangat sayang kan mereka. Cukup bagi aku, mereka dan Allah di sisi aku. Cuma, aku kadang kadang benci, kenapa setiap kali perasaan bodoh ini hadir, membuatkan aku sangat lemah. Tolong la wahai perasaan yang bodoh ini, sila kan pergi jauh jauh dari hidup aku. Start SPM haritu, aku berharap sangat dia wish, ternyata tiada. Malah, terdapat lebih dari 10 orang yang wish, lebih, sangat lebih. Dan pekara ini buat aku tersedar, bahawa tersangat lah ramai orang lain yang masih care kan aku, sayang kan aku. Ya Allah, terasa beruntung sangat diri aku ini. Ya Allah, sekali lagi terima kasih banyak banyak..
Kadang kadang aku tertanya tanya. Sangat tertanya tanya. Dan aku temui sendiri jawapannya. "Hanya di perlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang." Dan itu lah kenyataannya. Sabar itu indah. Ya, aku tahu sabar itu indah. Senyum selalu Abrizah..!


No comments:
Post a Comment