Thursday, November 15, 2012

Assalamualaikum..

Selamat hari Khamis semua. Mudah mudahan kalian semua sihat sihat sahaja hendaknya. Aku baik baik sahaja di sini. Pantas betul masa berlalu sekejap sahaja sudah tiba tahun baru. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk hidup. Aku bahagia bahagia sahaja di sini. Syukran Ya Allah.. ^^

Aku rasa, macam nak duduk Thailand, Chiangmai selama 1 atau 2 bulan. Selepas itu aku akan pulang semula ke Johor Bahru ini. Mak aku akan ke sana bulan 1 tahun depan. Hmm, tengok la keadaan macam mana. Kalau pergi, pergi sahaja. Kalau tak, tak la jawab nya. Hewhew.

Habis SPM, aku nak ambil lesen. Selepas itu, nak ada sebiji kereta. Insya-Allah. Kalau ada rezeki tahun depan, dapat la. Kalau tak ada, masa akan datang pasti ada. Hehehe. Senyum kerang busuk pulak aku di sini. Aku... Hehehe, Alhamdulillah ada seorang mahluk Allah ini telah mampu mewarnai hari hari aku. Cukuplah ini sahaja yang aku dapat beritahu. Hehe..

Aku bahagia sangat. Walaupun kadang kadang ada la juga rindu pada si dia, dan kadang kadang sedih bila terkenang pasal dia. Tapi tak apa, sebab sudah tiba masa nya aku berhenti dari fikir tentang dia. Ya, berhenti. Mudah mudahan, amin..

#Dear awak, dulu setiap saat awak di minda saya, di hati saya. Tapi sekarang ini semuanya sudah tiada. Saya sudah buang awak dari hadir di minda saya dan di hati saya. Kerana tiada gunanya lagi kalau awak tak pernah sedari dan hargainya.

No comments:

Post a Comment