Sunday, September 2, 2012

New SpiritZz . . .
Assalamualaikum..

Tiada apa yang nak di buat pada waktu 12 malam jadi dengan ini aku mengambil sedikit masa untuk bermanja manja dengan blog tercinta,kehkehkeh. Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku sihat sihat sahaja. Minggu ini sahaja aku dan keluarga kena virus cerita korea yang bertajuk LOVE RAIN. Cerita ini sangat sangat best. Ntah kenapa bila aku tengok cerita ni aku rasa sangat sangat bersemangat. 

Oh ya,bulan 9 menjelma,hihihi. Bila hadir nya tarikh 10/9/2012 maka genap lah setahun aku single. Kalau tak,tak ada makna nya aku nak single macam ni. Memanjang ada boyfriend. Memening kan kepala aku je! Ni tak ada boyfriend pun pening. Aduiii,tak faham aku di buat nya. Yang penting,aku kena terus kuat! Yeahhhh~

Sekarang ni aku tengah menaip sambil memanja kan MuiMui. MuiMui dah besar cuma dia kurus je. Tak macam masa dia kecik kecik,gemuk. Dia gemuk pun sebab makan cacing. Sekarang ni dia makan buah sahaja dan aku dah behenti kan dia dari makan cacing,ada orang cakap cacing tu tak bagus untuk mata dia. Jadi risau aku di buatnya. Aku sayang MuiMui,suka sangat bila dia manja dengan aku. Dan yang paling best bila dia suka duduk dalam poket baju tidur aku,comel...

Aku belajar untuk lebih menghargai diri aku sendiri daripada menghargai orang lain dan akhir sekali,mendatang kan kelukaan pada diri aku sendiri. Ianya tersangat lah sakit. Sangat SAKIT! Hmm,aku tengah mencari buku dairy yang comel comel tapi sampai sekarang tak jumpa. Sedihnya... MuiMui tengah tidur dalam poket,tersangat la comel,geramnya...

Kisah hati aku? Hmm.. Sejujurnya aku dah malas nak fikir kan pasal hati aku ni. Aku rasa macam membuang masa aku dan langsung tak mendatang kan faedah. Sekarang ni aku lebih suka dengan "Kau dengan hidup kau,aku dengan hidup aku" as simple as that. 

#Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita kawan tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal.. Semuanya Allah Taala yang tentukan..

No comments:

Post a Comment