Like I care~
Assalamualaikum~
Semoga mempunyai hari hari yang indah.. Hehe.. Ahad yang kosong. Aku tak ada apa apa plan pun hari ini. Hanya duduk di rumah dan buat apa apa yang patut. Hari ini menu makan lunch ialah bebola daging masak sweet sour,sardin dan paling penting,sambal belacan.. Dan hari jumaat hari tu aku ada masak lauk gulai,kehkehkeh. Rasa macam tak percaya je. Tapi Alhamdulillah habis. Hmm,kejap lagi aku nak pergi kubur mahmodia. Rindu pula kat arwah mama aku. Al-Fatihah..
Exam trial mendatang. Huaaaa,tak ready lagi lah cikgu. Walau macam mana pun,tetap kena ready kan? Dah jadi tanggungjawab aku sebagai murid. Hmm,semoga aku boleh jawab dengan tenang tanpa ada gangguan otak bila tiba tiba terfikir kan dia,huhhhhhh! Aku nak hidup macam ni,happy,happy dan happy..!
Kadang kadang aku terfikir,aku lebih suka hidup aku tanpa ada nya couple. Aku rindu setiap kali ketawa,hati aku turut ketawa sekali bukan yang macam sekarang ni mulut ketawa tapi hati derita. Puih! Menyampah aku. Aku nak terus bahagia hidup tanpa ada kekasih. Ada pun buat sakit hati,buat pening kepala buat apa? Semak je ada lah. Huh!
Lagi sakit bila di beri harapan palsu. Pernah rasa pernah alami. Sekarang rasa tu jadi kosong~ Tak kisah la apa apa pun yang penting,ada aku kisah? Aku mahu terus hidup bahagia tanpa ada nya dia di sisi aku. Walaupun terkadang susah nak lupa kan dia. Hahahahaha. Senget juga aku ni. Hari ni kata boleh,esuk lusa cakap tak boleh. Puih!
Gigi selalu marah aku. Dia suruh aku tukar nombor celcom tak pun buang je nombor tu. Mula nya aku berat betul nak buat macam apa yang Gigi suruh. Sebab nya aku masih menunggu dan terus tunggu. Mana tau kalau kalau dia perlu kan aku. Aku kena ada untuk dia,kehkehkeh. Lawak,lawak,lawak. Dan akhirnya aku sudah pun membuat keputusan akan tukar ke nombor digi. Maksudnya,celcom tak pakai lagi lerrr,hehehe. Goodbye celcom~~
#We are never ever getting back together... After all,we are never meant to be together. But hey! Do I care? Duhhhhhhh~


No comments:
Post a Comment