JANJI KAU DAN AKU. . .
Assalamualaikum~Dah lama sangat tak update blog ni. Tak sempat menyempat nak update. Nasib baik hari ini di beri peluang untuk mengupdate blog tercinta aku ni. Alhamdulillah keluarga aku baik baik sahaja,termasuk lah aku. Hari demi hari,banyak pekara yang aku pelajari. Aku tak sangka banyak betul itu ini yang terjadi di dalam dunia ini. Sukar untuk aku ungkap kan di sini,sangat susah. Yang penting,aku baik baik sahaja. Ya,baik baik sahaja.
Setiap kali aku rasa nak nangis,aku akan nangis sepuas puasnya. Macam ular sawa telan seekor kambing,embekkkk~ Hehehe. Aku akan rasa tenang kemudian. Itu yang aku akan buat. Sungguh,lega sangat rasanya. Hmm,sesungguh nya aku masih tak mampu nak lupa kan dia. Susah sangat la senang cerita. Hmm,aku tak pernah lupa janji aku dengan dia. Yang aku takkan pernah berubah. Ya,sampai sekarang ni hati aku tak pernah berubah walau sikit pun untuk dia. Tak pernah. Tapi,aku redha.
Alhamdulillah,Gigi sekarang bahagia sangat dengan Nizam. Aku doa kan semoga kebahagian yang di miliki oleh Gigi dengan Nizam akan berkekalan sampai bila bila. Amin. Sungguh,aku happy sangat tengok Gigi happy setiap kali cerita pasal Nizam. Dah lah mata,hidung,muka pun lebih kurang je sama. Kalau orang kata adik beradik mesti ramai yang percaya. Kata orang tua tua,jodoh kuat. Mudah mudahan,insya-Allah.
Aku,aku akan terus kan hidup. Aku akui. Aku sangat lemah untuk mengharungi hari hari aku. Aku rasa macam nak lari je dari semua ni. Pergi sejauh yang mungkin tanpa ada sesiapa pun yang tahu. Tapi,tanggungjawab aku sangat penting,dan aku harus lakukan untuk keluarga aku. Aku lebih suka bersendirian. Aku bosan setiap kali banyak bercakap. Aku tak tahu kenapa. Tapi itu lah aku yang sekarang ni.
Kalau boleh,handphone ni aku mahu sahaja baling ke dalam laut. Pasti indah. Tapi aku tak mampu buat,kerana ianya pemberian ayah aku. Nanti macam mana saudara dan abang aku nak hubungi aku. Payah nyaaaaaaa. Hmm,Abrizah,kau kena selalu kuat,kau kena selalu bangun setiap kali terjatuh. Jangan pernah pandang ke belakang semula. Kerana ianya hanya lah sia sia. Ya,terus maju kehadapan Abrizah. Kau pasti boleh.
#Sebelum mencintai orang lain,cintai lah orang yang berada di hadapan cermin kamu setiap kali kamu melihat cermin itu. Ya,orang itu adalah diri kita sendiri. Lebih baik mencintai diri kita sendiri daripada mengharap cinta pada orang yang tak pasti...


No comments:
Post a Comment