Thursday, August 9, 2012

K H A M I S . .
Assalamualaikum

Selamat hari Khamis! Wahhh,sekajap sahaja masa berlalu. Hari ini sudah pun 9/8/2012,hari untuk ke negara orang. Hattyai mari,hehehehe. Malas sebenarnya nak pergi. Tapi kena pergi jugak,jalan jalan and bercuti. Meriahnya. Hehehe. Alhamdulillah puasa tahun ni sangat sangat lah indah..

Ehehhhh,aku sejak dua menjak ni gila kan inai. Siap dah plan sehari sebelum raya aku nak buat inai. Hehehe. Meriah gitu raya nanti. Ni yang aku buat semalammmmmmmmm.. Dan ini lah hasilnyaaa...
Baju kurung dah siap,dua pasang aku tempah untuk tahun ni. Semangat pulak aku rasa nak beraya tahun ni. Dulu,selepas arwah mak aku meninggal,aku rasa raya tu kosong. Senang cerita raya tu tak ada makna apa apa pun. Tapi tahun ni entah la,rasa lain je. Hihihihi..

Sekarang jam dah pukul 1.18 p.m.. Lagi beberapa jam sahaja aku akan berangkat,6.30 p.m berangkat lah aku. Hmmm,teringat masa pergi Hattyai dulu beberapa jam sebelum pegi aku jumpa si dia. Makan cokelat Cadbury. Rindunya masa tu.. Tapi tak apa lah,kadang kadang benda macam tu perlu ada,untuk kita kenang di hari tua,tersenyum dan berkata "aku pernah merasai kebahagian bersama dia,walau hanya seketika.."

Apa pun,hidup mesti di teruskan. Kalau ada jodoh takkan kemana,kalau tak ada jodoh tak boleh nak bawa kemana mana. Hahahahaha. Semoga hari hari aku akan terus baik hari demi hari. Ya Allah,terima kasih untuk segala galanya. Aku bersyukur kepadaMU Ya Allah.. 

#JikA TidAk mAmpU mEnjAdi pEnSil wArnA UntUk mEwArnAi kgEmbirAAn sEsEorAng. cUbA lAh mEnjAdi pEmAdAm yAng bolEh mEmAdAm kEsEdihAn sEsEorAng..

No comments:

Post a Comment