Saturday, August 18, 2012

I Love The Broken One. . . =)

Assalamualaikum!

Sudah masuk hari terakhir berpuasa untuk tahun 2012 ini.. Alhamdulillah puasa tahun ni sangat sangat indah,terima kasih Ya Allah.. Penat terasa hingga ke hari ini setelah pulang dari Hattyai dan Krabi.. Pada aku,bercuti di sana hanya la biasa biasa sahaja dan tidak ada apa apa makna pun untuk diri aku.. Cuma 1,aku berdoa dan berharap. Setelah pulang nya aku ke Johor,maka habislah kisah cerita aku dan dia. Ya,habis segala galanya.. Sudah jumpa titik noktak ceritanya.. Semoga aku akan terus berhenti cerita pasal dia..

Aku masih tak mampu nak lelap kan mata,dengan itu aku membuat keputusan untuk mengupdate blog! Hari hari yang aku jalanni semuanya sangat sangat baik. Sesungguh nya aku sangat bersyukur. Cepat betul masa berlalu,dah nak raya Ahad ini. Semoga raya tahun ni lebih bermakna dari raya sebelum sebelum ni. Mudah mudahan... Tapi apa yang paling menarik,keluarga belah ayah nak beraya kat sini sekali,tak sabar menunggu kedatangan mereka! Rindu dekat Ah Peng aku tu,hihihihi.. Mesti dah besar macam adik aku. Last jumpa kecil je dia,hehe..
Banyak yang aku belajar sejak dua menjak ni. Belajar lebih ikhlas kehilangan sesuatu yang betul betul aku ingin miliki tetapi ianya bukan hak aku. Aku redha,aku ikhlas kehilangannya. Belajar menjadi seorang yang lebih tabah untuk menghadapi dugaan yang mendatang kelak. Mudah mudahan.. Aku selalu nasihat diri aku setiap kali dugaan melanda. "Allah sayang kan hambanya,sebab itu di turunkan dugaan untuk kita. Tapi,dia akan memberi dugaan yang kita mampu untuk di hadapi" percayalah,hadapi la,dugaan itu sebesar mana pun. Redha,ikhlas pasti ada keindahannya kemudian. Insya-Allah..

Aku nak kejar impian aku. Aku rasa tak sabar nak hadiahkan sebiji rumah untuk papa aku. Tak payah besar,tak payah kecil,asal kan papa aku selesa,itu dah mencukupi. Dalam kepala aku,aku nak kerja bersungguh sungguh,tunai kan apa sahaja permintaan papa dan adik aku. Aku tak nak adik aku rasa apa itu kempunan,apa itu teringin. Tapi dengan syarat,adik aku kena buat aku bangga dengan keputusan peperiksaan dia. Itu dah mencukupi buat aku.

#Couple dengAn EX bAlik diumpAmAkan sebAgAi membAcA bAlik sebuAh buku yAng telAh di bAcA dAn kesudAhAnnya telAh pun kitA ketAhui...

No comments:

Post a Comment