HeW HeW . . .
Assalamualaikum!
Aku sihat sihat sahaja. Sejak dua menjak ni asyik teringat kan dia je. Apa khabar agaknya si dia ya? Harap harap sihat sihat sahaja,amin. Pada hari Ahad bersamaan 29/7/2012. Best sangat hari tu,berbuka ramai ramai dengan saudara mara. Aku,Papa,Firdauz,Unty Dayang. Mama,Dean,Tasha,Aqilah. Mami,Aqish,Isqandar,Sabrina. Uncle Shah,Unty Zeti,Wildan,Aisyah,Khadijah,Tok Ngah. Hawa and Udin. Wahhh,ramainya. Hhihihi,happy sangat sangat that time.. Mami cakap nanti dia nak buat lagi kumpul ramai ramai macam tu. Tapi kali ni ada game Music Chair! Terbaik lahhh,mesti fun. Tak sabar aku dibuatnya. Kehkehkeh. Oh ya..,Mami and Mama tu adalah kakak kepada arwah mak aku,hehe..
Baju kurung aku akan siap Sabtu ni. Tak sabar pulak aku rasa nak tengok baju kurung aku tu. Hehehe. Apa lah agaknya yang jadi ya? Hmm,9/8/2012 aku akan ke Hattyai. Nak jumpa bakal mak and bakal adik aku kat sana. Sesungguhnya aku sangat merindui mereka jugak! Yang best,bakal mak aku akan beraya dengan aku tahun ni. Happy nya.. Tapi yang tak best,bakal adik aku je tak dapat nak beraya sekali kat sini atas sebab sebab tertentu.. Sobsob..,sedihnyaaaaa.. Tapi tak apa lah,insya-Allah tahun yang lain kita dapat raya sama sama..
Hari ini sudah masuk 11 Ramadhan. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk berpuasa hari ini..,Alhamdulillah.. Tahun ni tahun terakhir aku sekolah. Aku tertanya tanya macam mana pulak kehidupan aku yang akan datang nanti. Kerja atau sambung belajar? Itu yang selalu bermain di dalam kepala aku. Tapi..,yang aku mahu pada tahun hadapan dan akan aku usaha kan ialah,aku mempunyai sebiji kereta. Mudah mudahan jadi kenyataan,Amin. Dalam hidup aku,aku tak suka menyusah kan orang untuk hantar aku sana sini. Aku nak hidup berdikari! Kehkehkeh,jauhnya berangan.. Sudah sudah la kan? SPM pun tak lepas lagi. Kahkahkahakhakha!!!..
Masa hari isnin aku pergi la City Square,niat di hati nak tengok wayang cerita hantu. Lepastu,masa hari tu ada cerita Mae Nak,dengan Silent House. Satu cerita hantu Thailand lagi satu cerita hantu English. Sampai sampai sana,dua dua cerita tu aku tak dapat tengok. Hahahaha,sebab bawah 18 tahun.. Cis! Last last tengok cerita Batman je. 3 jam tu..,boleh tahan la cerita nya. Aku pergi berdua je dengan Aqilah. Fun sangat,sebab niat nak tengok wayang sahaja and dapat. Tak ada apa apa yang tak memuaskan. Shopping sakan hari Sabtu ni. Jyeahhhh,tak sabar! Hehehe..
#"Ehhh! Tolong cover aku,aku takut orang nampak aku tak puasa!" Soalan aku - "Kau takut orang nampak kau tak puasa atau kau takut Allah nampak kau tak puasa?" Renung-renungkan ya. Selamat berpuasa.. (◕‿◕)


No comments:
Post a Comment