Monday, October 29, 2012

letiH....
Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin.. SPM semakin hampir, aku pula semakin berdebar-debar.. Mudah mudahan semuanya akan baik baik sahaja, amin.. Aku baru pulang dari bercuti semalam. Bercuti ke tempat manusia manusia yang tertentu sahaja yang tahu di mana aku bercuti. Tempat tu boleh tahan, biasa biasa sahaja, tapi menarik. Tapi, di hati aku tetap ingin kan Pulau Tioman. Aku rindu kan Pulau Tioman sangat sangat. So far, belum ada tempat mana mana yang mampu manarik hati aku selain Pulau Tioman.. Tak apa, seperti biasa, sabar itu indah..

Aku... Aku temui seorang lelaki yang sangat sangat baik, tak pernah jemu dengar masalah aku, tak pernah penat buat aku ketawa, selalu beri aku sokongan tanpa jemu, dia baik, sangat sangat baik. Tapi.. Tapi hati aku tak mampu terbuka sedikit pun untuk dia.. Aku tak bersedia untuk mempunyai seseorang yang istimewa. Aku lebih selesa dengan kehidupan aku sekarang ini. Sungguh, aku selesa sangat.. Aku beruntung dapat kenal orang macam dia, tapi maaf, sebab tak mampu nak terima dia dalam hidup aku..

Hari berganti hari. Aku..? Aku masih tak memahami dengan hati aku sendiri. Adakah aku masih lagi ternanti nanti kan dia, walau hakikat aku tahu, aku tak bererti langsung dalam hidup dia. Ya, aku tak bererti apa apa dalam hidup dia. Tak apa, aku terima, aku redha. Tapi tolong la, setiap kali aku mampu lupa kan kau, tolong lah jangan hadir dalam hidup aku semula, cerita semua kenangan kita bersama, membawa seribu harapan buat aku dan akhirnya, kau hilang semula. Sepi. Hilang. Mati. Seperti sudah terkubur. Dan kemudia kau muncul semula dan memberi alasan yang sama, pusing semula pekara yang sama. Aku letih.

Aku tak ingin kan sesiapa pun untuk berkongsi kasih. Pergi la, pergi sahaja dan jangan pernah kembali. Aku tak kisah. Aku letih. Aku perlu untuk berehat serehat rehatnya.. Aku ingin merasa kan bahagia bersama keluarga aku. Maka, wahai otak, jangan lah kau lintas kan pekara pekara tak sepatutnya di minda aku ini kerana aku tak perlukannya. Tolong la wahai minda dan otak ku, tolong! Aku sangat letih.

Aku pandang ke Bulan, aku nampak kau. Senyuman kau, gelak ketawa kau, mata kau, hidung kau, lesung pipi kau, bibir kau, rambut kau, tangan kau, suara kau, cara kau panggil aku "izah", membuat kan aku sukar untuk melupa kan kau.. Walaupun kau telah melupakan aku sekarang ini, minit ini, saat ini.. Aku tak kisah, aku terima, aku redha.. Walaupun selama ni kita hanya berkawan dan tak pernah lebih. Aku masih tak mampu nak lupa kan kau.. What the hell bullshit is this..? I really really hate myself.. :(

No comments:

Post a Comment