Monday, October 29, 2012

letiH....
Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin.. SPM semakin hampir, aku pula semakin berdebar-debar.. Mudah mudahan semuanya akan baik baik sahaja, amin.. Aku baru pulang dari bercuti semalam. Bercuti ke tempat manusia manusia yang tertentu sahaja yang tahu di mana aku bercuti. Tempat tu boleh tahan, biasa biasa sahaja, tapi menarik. Tapi, di hati aku tetap ingin kan Pulau Tioman. Aku rindu kan Pulau Tioman sangat sangat. So far, belum ada tempat mana mana yang mampu manarik hati aku selain Pulau Tioman.. Tak apa, seperti biasa, sabar itu indah..

Aku... Aku temui seorang lelaki yang sangat sangat baik, tak pernah jemu dengar masalah aku, tak pernah penat buat aku ketawa, selalu beri aku sokongan tanpa jemu, dia baik, sangat sangat baik. Tapi.. Tapi hati aku tak mampu terbuka sedikit pun untuk dia.. Aku tak bersedia untuk mempunyai seseorang yang istimewa. Aku lebih selesa dengan kehidupan aku sekarang ini. Sungguh, aku selesa sangat.. Aku beruntung dapat kenal orang macam dia, tapi maaf, sebab tak mampu nak terima dia dalam hidup aku..

Hari berganti hari. Aku..? Aku masih tak memahami dengan hati aku sendiri. Adakah aku masih lagi ternanti nanti kan dia, walau hakikat aku tahu, aku tak bererti langsung dalam hidup dia. Ya, aku tak bererti apa apa dalam hidup dia. Tak apa, aku terima, aku redha. Tapi tolong la, setiap kali aku mampu lupa kan kau, tolong lah jangan hadir dalam hidup aku semula, cerita semua kenangan kita bersama, membawa seribu harapan buat aku dan akhirnya, kau hilang semula. Sepi. Hilang. Mati. Seperti sudah terkubur. Dan kemudia kau muncul semula dan memberi alasan yang sama, pusing semula pekara yang sama. Aku letih.

Aku tak ingin kan sesiapa pun untuk berkongsi kasih. Pergi la, pergi sahaja dan jangan pernah kembali. Aku tak kisah. Aku letih. Aku perlu untuk berehat serehat rehatnya.. Aku ingin merasa kan bahagia bersama keluarga aku. Maka, wahai otak, jangan lah kau lintas kan pekara pekara tak sepatutnya di minda aku ini kerana aku tak perlukannya. Tolong la wahai minda dan otak ku, tolong! Aku sangat letih.

Aku pandang ke Bulan, aku nampak kau. Senyuman kau, gelak ketawa kau, mata kau, hidung kau, lesung pipi kau, bibir kau, rambut kau, tangan kau, suara kau, cara kau panggil aku "izah", membuat kan aku sukar untuk melupa kan kau.. Walaupun kau telah melupakan aku sekarang ini, minit ini, saat ini.. Aku tak kisah, aku terima, aku redha.. Walaupun selama ni kita hanya berkawan dan tak pernah lebih. Aku masih tak mampu nak lupa kan kau.. What the hell bullshit is this..? I really really hate myself.. :(

Monday, October 8, 2012

Abrizah si kepala Dungga!
 
Assalamualaikum~

Aku di sini sihat sihat belaka. Aku semakin lama semakin sering berhubung dengan Ec. Jeng, jeng, jeng.. Siapakah beliau? Hehehehe. Dia seorang yang baik..,funny person.,ada je jawapan untuk di tokoh tambah kan bila berbual,sakit betul hati. Hehehe. So far aku happy dengan dia. Dia tak berhenti henti buat aku ketawa and tersenyum! Tunggu jugak dia balik JB sebab sekarang ni dia ada kat BP. Setahun lebih jugak berkawan. Aku kadang kadang ada jugak rasa rindu untuk bermanja manja dengan someone. Tapi aku lupa kan cepat cepat rasa rindu tu. Sebab aku lebih suka dengan aku yang sekarang ni. Ya, aku happy..

Hari hari aku seperti biasa. Cuma sekarang ni rasa lebih happy dari dulu. Lebih kuat. Lebih happy go lucky! Lebih banyak tersenyum. Lebih banyak gila gila. Segala lebih lebih lah! Hahahaha. Aku tak sabar nak pergi Pulau Tioman lagi. Tak sabarnyaaaaaa. Kehkehkeh. Tapi kan, kalau boleh nak pergi dengan someone special, mesti best kan? Pergi tempat yang paling kita suka and share it with someone that we love most. Wiwitttt~

Lagu blog kali ni aku letak lagu Kehilangan by Firman. Baru aku tahu, Firman ada lagu lain jugak. Before this tak terfikir pun nak dengar lagu dia yang lain lain coz ingat kan dia ada lagu Kehilangan je. Rupa rupanya ada banyak lagi lagu dia. Separuh Hati, Tetap Yang Terindah. Semua lagu dari dia sangat sangat best. Bila dengar tu terasa betul betul ke dalam hati. Firman memang terbaikkk, suara pun mantap!

#Ketika ada, selalu tak dihargai. Bila dah tiada, baru terasa kehilangan. 
~Drama Julia TV3~
Pulau Tioman!!!..

Assalamualaikum!!


Tadaaaa.. Semua berbaju Superman semasa menuju ke Pulau Tioman. Best sangat sangat..

 Ini pula ferry yang kita naik untuk ke Salang dari jeti Mersing, dan dari jeti Salang ke jeti Mersing untuk pulang ke JB semula..

Flipped, Snorkling gear and life jacket. Sangat sangat penting bagi orang yang baru bermula untuk snorkling!

Aku dengan saudara kembar aku. Lain mak, lain bapa. Hahahaha. Sebelum melompat kan diri ke dalam air, sempat bergambar dulu..

Get ready to jump... Tapi pandang kanan kiri dulu. Kehkehkeh..

And finally.. Berada di dalam air.. Mula mula memang takut, tapi dah lama lama. Kita akan lupa takut tu..

Meriahnya. Sangat sangat best.. Dan aku rindu kan Pulau sekarang ni..

Semua lupa diri dah. Yang ada kat dalam kepala. Berenang, berenang dan berenang..

Tengok, betapa bahagianya mereka dan termasuk lah aku.. Pulau Tioman memang best selamanya!!!!

Finding Nemo.. Hahahaha.. Tangkap sekejap je, lepastu lepas kan semula..

Sebelum sambung lagi snorkling ke Shark Point, singgah Tekek dulu menjamu selera Nasi Ayam..

Pemandangan indah pertama!

Pemandangan indah kedua!

Pemandangan indah ketiga!

Pemandangan indah keempat! Ini kat Salang. See the water. Tersangat lah jernih. Huarghhh! Rindu...

 
Pemandangan indah kelima! Ini pun pemandangan dari Salang.. Hard to explain... Best gila!!!!!...

#Walaupun kini aku berada di Johor Bahru, tetapi hati aku masih lagi di Pulau Tioman. Sesungguh nya aku sangat merindui Pulau Tioman. Kalau dapat peluang pergi sana, aku takkan sia sia kan peluang itu. Tioman, I love you. And I'm in love with Tioman Island..

Saturday, October 6, 2012

=)
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana aku masih bernafas hingga sekarang ini dan mampu untuk mengupdate blog. Lama nya aku tak update blog, rindu sangat. Banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku! Pada tarikh 17/9/2012 aku sekeluarga dan saudara aku yang lain bercuti-cuti Malaysia ke Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah Pulau yang paling best pernah aku pergi. Setiba nya aku di sana, aku lupa semua yang ada di sini. Tak tahu kenapa tapi itu lah hakikatnya. Kalau ada rezeki, aku ingin ke sana lagi. Walaupun sekarang ini aku berada di Johor Bahru, tetapi hati aku masih lagi di Pulau Tioman. Hihihi.

Hari hari aku hingga ke hari ini semakin hari semakin baik. Aku bersyukur sangat, walau pun sebenarnya sehari sebelum bertolak ke Pulau Tioman, aku kurang baik dengan papa aku. Aku ada gaduh sikit dengan papa kerana Ant. Aku tak tahu nak cakap macam mana sesungguh nya aku kecewa sangat sangat. Tapi tak apa la, past is past. Yang sekarang ni Alhamdulillah. Aku masih dapat bergelak ketawa dengan papa tercinta aku. Dan sekarang ini juga aku baru sedar, betapa indah nya kebahagiaan bila bersama keluarga berbanding kebahagiaan bersama boyfriend.

SPM semakin hari semakin menjelma. Tinggal lagi beberapa minggu sahaja. Doa doa kan aku ya supaya semua nya akan baik baik sahaja. Aku nak sangat sambung belajar kalau di beri peluang. Tapi dalam masa yang sama, aku tak nak adik aku terabai. Sebab, hanya aku sahaja yang dia boleh bergantung. Aku nak kerja lepas SPM. Aku nak tolong papa, tolong adik aku. Aku janji dengan diri aku, walau pun aku tak dapat nak sambung belajar tinggi tinggi seperti tinggi nya burung burung beterbangan. Adik aku mesti sambung belajar, tak kisah apa sekali pun rintangan, aku mahu lihat adik aku berjaya.

Aku masih lagi dengan pendirian aku yang sabar itu indah. Kisah cinta aku, aku hanya mahu cinta kan diri aku sendiri sahaja. Aku dah letih di kecewa kan. Aku suka berada di Pulau, kerana sepanjang aku berada di sana, aku lupa semua kenangan aku di sini. Dan sekarang aku perlu kan lupa itu. Setiap kali aku bangun dari tidur, aku akan mula kan hidup baru. Hari demi hari kenangan itu akan berlalu dengan sendiri nya seperti angin. Sungguh, ianya sangat perit. Tapi, aku selalu belajar rela kehilangan sesuatu yang bukan hak aku. Redha adalah jalan yang terbaik. Aku akan senyum dan terus senyum semampu yang boleh.

#Yang MUDAH DATANG akan MUDAH PERGI juga..