=)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana aku masih bernafas hingga sekarang ini dan mampu untuk mengupdate blog. Lama nya aku tak update blog, rindu sangat. Banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku! Pada tarikh 17/9/2012 aku sekeluarga dan saudara aku yang lain bercuti-cuti Malaysia ke Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah Pulau yang paling best pernah aku pergi. Setiba nya aku di sana, aku lupa semua yang ada di sini. Tak tahu kenapa tapi itu lah hakikatnya. Kalau ada rezeki, aku ingin ke sana lagi. Walaupun sekarang ini aku berada di Johor Bahru, tetapi hati aku masih lagi di Pulau Tioman. Hihihi.
Hari hari aku hingga ke hari ini semakin hari semakin baik. Aku bersyukur sangat, walau pun sebenarnya sehari sebelum bertolak ke Pulau Tioman, aku kurang baik dengan papa aku. Aku ada gaduh sikit dengan papa kerana Ant. Aku tak tahu nak cakap macam mana sesungguh nya aku kecewa sangat sangat. Tapi tak apa la, past is past. Yang sekarang ni Alhamdulillah. Aku masih dapat bergelak ketawa dengan papa tercinta aku. Dan sekarang ini juga aku baru sedar, betapa indah nya kebahagiaan bila bersama keluarga berbanding kebahagiaan bersama boyfriend.
SPM semakin hari semakin menjelma. Tinggal lagi beberapa minggu sahaja. Doa doa kan aku ya supaya semua nya akan baik baik sahaja. Aku nak sangat sambung belajar kalau di beri peluang. Tapi dalam masa yang sama, aku tak nak adik aku terabai. Sebab, hanya aku sahaja yang dia boleh bergantung. Aku nak kerja lepas SPM. Aku nak tolong papa, tolong adik aku. Aku janji dengan diri aku, walau pun aku tak dapat nak sambung belajar tinggi tinggi seperti tinggi nya burung burung beterbangan. Adik aku mesti sambung belajar, tak kisah apa sekali pun rintangan, aku mahu lihat adik aku berjaya.
Aku masih lagi dengan pendirian aku yang sabar itu indah. Kisah cinta aku, aku hanya mahu cinta kan diri aku sendiri sahaja. Aku dah letih di kecewa kan. Aku suka berada di Pulau, kerana sepanjang aku berada di sana, aku lupa semua kenangan aku di sini. Dan sekarang aku perlu kan lupa itu. Setiap kali aku bangun dari tidur, aku akan mula kan hidup baru. Hari demi hari kenangan itu akan berlalu dengan sendiri nya seperti angin. Sungguh, ianya sangat perit. Tapi, aku selalu belajar rela kehilangan sesuatu yang bukan hak aku. Redha adalah jalan yang terbaik. Aku akan senyum dan terus senyum semampu yang boleh.
#Yang MUDAH DATANG akan MUDAH PERGI juga..


No comments:
Post a Comment