Can't forget!
Assalamualaikum!!
Wahhh,semakin hari semakin rajin mengupdate blog. Hehehe. Hari ini aku happy sangat. Sebelum tu aku nak cerita pasal keadaan di sekolah dahulu. Tadi exam trial Alhamdulillah aku jawab dengan tenang, walaupun tak berapa nak tenang akibat murid murid lain yang tak bertanggungjawab. Dah tak nak jawab soalan exam tu, diam jela ini tidak, bising je. Haish! Geram aku di buatnya, hilang fokus buat seketika masa dia bising tu, huh! Esuk pula exam Bahasa English,mudah mudahan aku boleh jawab, amin..
Ok,sambung pasal happy aku tadi ya. Hmm,lepas balik sekolah tadi..,aku,papa adik dan abang pergi ke restoran Hua Mui,restoran paling terlama dan tersedap di Johor. Aku dulu selalu pergi sana tapi masa tu aku kecil lagi. Ya Allah,bila pergi makan kat sana tadi,aku teringat masa makan dengan arwah nenek dan arwah mama aku. Rindu suasana tu. Al-Fatihah.. Happy sangat sebab tadi..,aku,papa adik dan abang sahaja. Dah lama tak kumpul macam ni,rindu. Hehehe..
Hari ini juga aku nak cerita tentang benda yang aku pendam selama ni. Aku sekeluarga dulu hidup bahagia. Tanpa ada nya Ant Thai di sisi papa aku. (Ant Thai tu bakal ibu tiri aku) Dulu hidup aku mewah. Minta itu ini semua dapat. Kalau nak keluar berjalan dengan kawan,tak payah minta duit. Papa aku sendiri dah hulur kan duit. Aku baru berumur 14 tahun dah pegang duit RM400 untuk buat belanja seharian. Masa tu apa sahaja yang aku nak beli? Semua keperluan aku dah lengkap. Tapi aku tolak dan hanya minta RM100,tapi papa tambah RM50. Anak kesayangan kata kan,kehkehkeh.
Pada waktu itu,pada aku RM100 sudah lebih dari cukup. Kadang kadang aku sampai tak tahu nak guna duit itu untuk apa. Kawan aku pula waktu itu bukan orang yang senang. Jadi,kerja aku hanya belanja mereka. Ia seolah olah menjadi hobi aku. Belanja,belanja dan terus belanja mereka. Lucu pula bila aku ingat ingat semula. Jadi kebiasaan mereka pula bila keluar dengan aku,tak payah bawa duit,hahahaha.
Tapi..,selepas muncul nya Ant Thai,hidup aku tak lagi macam tu. Hari hari yang aku hadapi selepas kehadiran dia adalah kedukaan. Hari hari aku menangis mengenang nasib yang semakin "sial" bak kata orang orang tua. Semakin hari aku semakin besar,jadi semakin hari demi hari juga,aku belajar untuk menerima dia dalam kehidupan aku. Walaupun aku akui sampai sekarang aku masih benci kan dia. Ya,aku benci kan dia..
Papa pula sejak kenal dengan Ant Thai,dia bukan lagi papa yang aku kenali suatu ketika dahulu. Perhatian dia sepenuhnya pada Ant Thai. Malah,duit lebih banyak habis untuk Ant Thai. Sejak dari itu,aku sekeluarga jadi susah. Sumpah! Sampai sekarang aku tak boleh lupakan kisah itu. Dan sejak aku susah,ramai kawan kawan aku pergi tinggal kan aku. Sejak itu baru aku tahu,apa itu kawan dan apa itu sahabat. Hati hati,ianya sangat berbeza..
Tapi aku bernasib baik mengenali sahabat yang bernama Azira dan Gigi. Diaorang lah yang selalu menumpangkan bahu setiap kali aku perlu kan. Diaorang lah yang membangunkan aku semula setiap kali aku jatuh tersungkur. Terima kasih wahai sahabat.. Sejak dari berlaku semua itu,aku terus tabah menghadapi segala dugaan. Aku menjadi seorang yang lebih redha dengan ketentuanNya. Aku akui kadang kadang aku ada juga berputus asa. Kerana aku rasa ianya seolah olah beban yang tersangat besar untuk di pikul. Aku jatuh!
Dengan khudrat yang masih bersisa,aku bangun semula. Aku menegakkan apa sahaja pekara yang harus di tegakkan. Aku boleh jadi lebih kejam dari si kejam untuk buat apa apa sahaja. Aku jenis yang berani buat berani tanggung. Aku mengaku kalau aku buat salah,itu aku! Dan aku takkan mengaku kalau itu bukan salah aku,itu juga aku! Aku sekarang ni benci apa itu menunggu,sungguh! Lepas ni,aku tak nak sia sia kan diri aku untuk menunggu sesiapa pun.
Heheheh,aku tak boleh lupakan,sampai nak beli nasi bungkus yang berharga RM4.50 pun tak mampu. Waktu tu dalam kepala otak aku fikir nak kerja je. Tak nak adik aku rasa macam apa yang aku rasa. Ya,aku lebih suka semua nya aku yang tanggung. Aku tak nak adik aku rasa macam mana aku tanggung semuanya selama ni. Aku suka pendam. Sangat sangat suka. Ia seolah olah menjadi hobi aku. Ya,hobi aku..
Kadang kadang aku marah adik aku,marah sangat sangat sampai dia menangis.. Aku cuma nak dia belajar apa itu menghargai. Jangan suka suka je nak rosakkan sesuatu benda dengan sesuka hati. Hmm,gelang dari dia pun aku masih simpan. Aku tak tahu kenapa,tapi aku rasa gelang tu sangat sangat berharga buat diri aku. Ya..,aku akan simpan gelang tu baik baik.
#Alhamdulillah,aku masih lagi mampu merasai kebahagiaan. Walaupun kebahagiaan aku tak seindah suatu ketika dahulu. Aku akui,aku rindu kan suasana itu. Ya..,aku sangat merinduinya.. Walau macam mana pun,hidup mesti di teruskan. Ya..,teruskan..



