Tuesday, July 31, 2012

HeW HeW . . .
Assalamualaikum!

Aku sihat sihat sahaja. Sejak dua menjak ni asyik teringat kan dia je. Apa khabar agaknya si dia ya? Harap harap sihat sihat sahaja,amin. Pada hari Ahad bersamaan 29/7/2012. Best sangat hari tu,berbuka ramai ramai dengan saudara mara. Aku,Papa,Firdauz,Unty Dayang. Mama,Dean,Tasha,Aqilah. Mami,Aqish,Isqandar,Sabrina. Uncle Shah,Unty Zeti,Wildan,Aisyah,Khadijah,Tok Ngah. Hawa and Udin. Wahhh,ramainya. Hhihihi,happy sangat sangat that time.. Mami cakap nanti dia nak buat lagi kumpul ramai ramai macam tu. Tapi kali ni ada game Music Chair! Terbaik lahhh,mesti fun. Tak sabar aku dibuatnya. Kehkehkeh. Oh ya..,Mami and Mama tu adalah kakak kepada arwah mak aku,hehe..

Baju kurung aku akan siap Sabtu ni. Tak sabar pulak aku rasa nak tengok baju kurung aku tu. Hehehe. Apa lah agaknya yang jadi ya? Hmm,9/8/2012 aku akan ke Hattyai. Nak jumpa bakal mak and bakal adik aku kat sana. Sesungguhnya aku sangat merindui mereka jugak! Yang best,bakal mak aku akan beraya dengan aku tahun ni. Happy nya.. Tapi yang tak best,bakal adik aku je tak dapat nak beraya sekali kat sini atas sebab sebab tertentu.. Sobsob..,sedihnyaaaaa.. Tapi tak apa lah,insya-Allah tahun yang lain kita dapat raya sama sama..

Hari ini sudah masuk 11 Ramadhan. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk berpuasa hari ini..,Alhamdulillah.. Tahun ni tahun terakhir aku sekolah. Aku tertanya tanya macam mana pulak kehidupan aku yang akan datang nanti. Kerja atau sambung belajar? Itu yang selalu bermain di dalam kepala aku. Tapi..,yang aku mahu pada tahun hadapan dan akan aku usaha kan ialah,aku mempunyai sebiji kereta. Mudah mudahan jadi kenyataan,Amin. Dalam hidup aku,aku tak suka menyusah kan orang untuk hantar aku sana sini. Aku nak hidup berdikari! Kehkehkeh,jauhnya berangan.. Sudah sudah la kan? SPM pun tak lepas lagi. Kahkahkahakhakha!!!..

Masa hari isnin aku pergi la City Square,niat di hati nak tengok wayang cerita hantu. Lepastu,masa hari tu ada cerita Mae Nak,dengan Silent House. Satu cerita hantu Thailand lagi satu cerita hantu English. Sampai sampai sana,dua dua cerita tu aku tak dapat tengok. Hahahaha,sebab bawah 18 tahun.. Cis! Last last tengok cerita Batman je. 3 jam tu..,boleh tahan la cerita nya. Aku pergi berdua je dengan Aqilah. Fun sangat,sebab niat nak tengok wayang sahaja and dapat. Tak ada apa apa yang tak memuaskan. Shopping sakan hari Sabtu ni. Jyeahhhh,tak sabar! Hehehe..

#"Ehhh! Tolong cover aku,aku takut orang nampak aku tak puasa!"                         Soalan aku - "Kau takut orang nampak kau tak puasa atau kau takut Allah nampak kau tak puasa?" Renung-renungkan ya. Selamat berpuasa.. (◕‿◕)

Saturday, July 28, 2012

Y !

Assalamualaikum!

Pertama sekali,selamat hari Jumaat wahai rakyat 1 Malaysia! Kehkehkeh,life aku sekarang ni Alhamdulillah baik baik sahaja. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang ni. Sungguh.. Aku sungguh bahagia. Dan..,lagu kat blog ni sweet. Aku akan bagi lagu ni pada seseorang yang betul betul bererti dalam hidup aku. Tapi! Belum tiba masa nya and aku tak ada sesiapa pun yang istimewa dalam hidup aku sekarang ni. Hehehe.

1 keluaraga aku sihat walafiat.. Meriah hari hari aku dengan ada nya saudara mara aku di rumah ni. Even rumah aku tak seberapa besar. Ianya bukan penghalang untuk keluarga aku yang lain bersatu untuk bersama-sama. Meriah nya tak terkata.. Dulu,jujur kata aku selalu terasa indah bila bersama orang yang tercinta "couple" tapi percaya lah,itu hanya sementara.. Indah bersama keluarga,sampai bila bila terasanya. Rasa macam dunia ni aku yang punya,itu yang aku rasa setiap kali bersama mereka..

Tahun ni aku bersemangat sangat untuk berpuasa penuh,mudah mudahan.. Hmmm,"Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 10/2013. Terima kasih." know what? Aku tak terpilih untuk ke PLKN such a sad thing.. Tak apa lah,aku redha. Kalau terpilih,aku terima. Hehehe.. Oh ya..,hari ni birthday bini aku,Azira.. Wahai bini tercinta,selamat hari lahir ya. Semoga di panjang kan umur,murah rezeki. Semoga sukses dalam kerjayaan dan kehidupan. Amin.. I love you my wife,for ever and ever..

#I'm jUst An orDinArY GiRl. LOL - lOts Of lOvE... 
 

Wednesday, July 25, 2012

Assalamualaikum!

25/7/2012 bersamaan pukul 8.00pm. Adakah aku bermimpi? Sesungguhnya aku sangat merindui dia..

Wednesday, July 18, 2012

HAPPY 9 MONTH..

Assalamualaikum!

Hmm,hari ni tak ada mood sangat.. Hmm,semalam 17-7-2012,tarikh yang bermakna dalam hidup aku.. Aku ada dapat messege dari dia,tapi aku tak mampu nak reply.. Aku tak cukup kuat nak itu ini dengan dia,jadi biarlah aku macam ni je.. Biarlah benda ini berlalu dengan sendiri tanpa paksaan.. Cukup dia bahagia selalu,itu dah memandai buat aku..

Aku rindu,rindu dia yang ada disisi aku.. Ingat lagi,setiap kali hadirnya tarikh tu.. Dia mesti ada dengan aku,tengok bulan dan bintang sama sama.. Tapi itu semua dulu.. Dan takkan mungkin benda itu akan terjadi semula.. Takkan mungkin..

Hmm,macam macam yang terjadi sejak dua menjak ni.. Ayah sedara aku meninggal masa hari Sabtu malam Ahad.. Sedihnya tak terkata dan hanya Allah saja yang tahu.. Al-fatihah.. Banyak sangat dugaan.. Sedih aku pula makin menjadi jadi.. Hmm,semoga sedih aku akan pergi seperti angin yang berlalu.. 

Ya Allah,terima kasih kerana kau telah satu kan semula keluarga ku. Aku gembira sangat berkumpul ramai ramai satu keluarga seperti semalam.. Terasa macam dunia ni aku yang punya.. Aku bahagia saat kongsi gembira,kesedihan bersama sama keluarga aku.. Terima kasih Ya Allah.. Kekal kan lah kebahagiaan ini selama lamanya buat aku dan keluarga.. Amin..

#Awak,selamat berkenalan yer untuk yang ke 9 Bulan.. Semoga awak bahagia selalu.. Sihat selalu.. Wish you luck.. Take care jugak..

Saturday, July 14, 2012

Assalamualaikum!

Selamat hari Sabtu! Membuzy kan diri dengan kerja kursus Seni. Ya Allah,huru hara,hahaha. Macam macam kena buat,tak cukup dua tangan yang menolong malah perlukan sebanyak 12 tangan yang menolong,hahaha. Comel sangat rasa.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tunggu masa untuk di hantar je..

Hmm,sejak dua menjak ni kan,aku macam suka seseorang,tapi aku pun tak tahu aku suka ke tak,hahaha. Ecececehhhh,malas lah nak layan feeling feeling ni. Tak fun langsung.. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa.. Yang penting aku nak enjoyy life aku sendiri,hihi.. Ada sahabat and family dalam life aku ni,happyyyy..

Kejap lagi nak keluar beli barang dapur and barang sekolah sikit. Ish,ish,ish semangat sekolah berkobar kobar macam hari pertama sekolah. Hmm,kali ni aku ambil semangat dari diri aku sendiri,cukup sahabat and family je bagi aku semangat,aku dah tak perlukan semangat dari seseorang yang aku pernah cinta dan suka suatu ketika dahulu. Hikkk,biar kenangan itu lenyap. Lenyap selenyap lenyapnya.. Haha.. Goodbye forever and ever..

Wooo,lagi 4 bulan je SPM nak menjelma seram sejuk di buatnya.. Wahai segala gala semangat belajar,menjelma lah kau di dalam hidup aku.. Hehehe.. Aku nak sangat buat papa aku bangga dengan keputusan SPM aku nanti,mudah mudahan.. Amin.. Ehhh,kawan aku masuk hospital,akibat demam denggi.. Jadi,jangan anggap demam tu pekara remeh,seelok eloknya pergi lah ke klinik buat pemeriksaan.. Lepas dah seminggu baru tahu ada demam denggi.. Ish,ish,ish,bahaya kan? So,may god bless us!

#HArgAilAh kEhAdirAnnya.. JAngAN bilA diA dAh kEhilAngAn bArU kitA mErAtApi kEhilAngAnnyA.. MAsA tU sEsAl pUn tiAdA gUnAnyA..

Wednesday, July 11, 2012

H A R G I . . 

Assalamualaikum!

Hari ini sekolah macam biasa. Tapi..,masalah nya aku sendiri. Entah kenapa hari ini kat sekolah ada je benda yang tak kena. Tersalah salin nota jangan cakap lah,tak terkira berapa kali sampai aku fedup sendiri,hahaha. Mungkin sebab pen tercinta aku hilang kot. Jadi susah aku nak buat kerja. Nanti lah keluar,beli sekali barang untuk sekolah,hihi. Happy hari ini manja manja dengan Aini. Rehat dengan Leeya je hari ni sebab Aini,Zira dengan Intan puasa. Bergelak ketawa dengan classmate,Lela and Mala. Mereka ni semua aku sayang sampai bila bila..

Tadi,lepas balik sekolah terus pergi office tempat papa kerja,hantar surat report. Lepastu tu pergi makan dekat Tampo Indah,nasi goreng ayam sambal dia power! Hihi,makan dengan papa,adik and abang sedara aku,abang udin.. Lepas makan terus sampai ke rumah berehat. Papa sedang bermimpi indah adik aku pun sama. Abang uding pulak sedang melayang game dia yang tak sudah tu. Ish,ish,ish,hehehe.

Haaa,tadi kat sekolah Aini ada bagi seluar. Seluar tu Akak Oyoy yang beli kan. Akak Oyoy tu kakak Aini. Hmm,serius terharu Akak Oyoy beli kan seluar tu,tak terkata. Hihi,thank you ye akak. Masa tu pergi Jusco Bukit Indah. Lalu la kat depan 1 kedai ni and aku berkenan dengan seluar tu. Ntah macam mana buat aku toleh semula kat kedai tu,ternampak lah Akak Oyoy. Baru hari tu aku tau itu lah kedai tempat dia bekerja. Haha,selama ni tahu dia kerja kat Jusco Bukit Indah je. Rezeki aku agaknya jumpa dengan Akak Oyoy kan? Hehehe,aku terasa happy and aku suka seluar tu. Seluar tu cantik sangat sangat,hihi...

Aku ni tak habis habis dengar lagu T2-Tak Jodoh ni. Lirik lirik dia kena sangat dengan aku. Teringat kan si dia. Tapi Alhamdulillah,dah tak teruk sangat. Dan aku boleh terima semua kenyataan ini,aku redha yang aku dan dia tak ada jodoh. Tapi sesekali rindu itu hadir dan aku hanya perlu kuat kan diri dan menempuhinya dalam apa jua keadaan. Kekuatan itu milik aku sekarang ni. Ya..,milik aku..

#CUbAlAh hArgAi sAyA sElAgi sAyA mAsih ciNtA,tAk pErlU hArgAi sAyA BilA sAyA dAh tErlUkA...

Tuesday, July 10, 2012

H A P P Y . . .
Assalamualaikum!

Hari ni.... Pecah record berbaju sekolah sampai pukul 5 petang. Sukar untuk di percayai,hahaha. Lepas balik dari sekolah and hari terbuka,terus pergi makan. Lepas makan pergi jumpa peguam. Ish3,aku di umur 17 tahun dah kena urus kan ni semua? Pengalaman,pengajaran dan dugaan yang harus aku tempuh. Aku happy dapat tempuh semua tu dengan hati terbuka,hihihihi. Hidup perlu di teruskan walau apa pun yang terjadi..

Hari ini bertarikh 10-7-2012 bersamaan genap lah aku 10 bulan single,hihihi.. Aku happy dengan life aku sekarang. Tak payah nak rungsing fikir itu ini. Sekrang ni,family aku and SPM adalah segala-galanya dalam hidup aku. Yang lain lain boleh diucap kan selamat jalan dan sewaktu dengan nya la yer..

Oh ya,aku tak pernah cerita pasal Anep kat blog ni. Hmm,siapa Anep tu ya? Haaa,Anep tu adalah bestfriend aku dunia akhirat. Untung siapa dapat dia. Orang nya baik,peramah,memahami,sweet dan sewaktu dengannya. So far aku kawan dengan dia,aku selesa. Dah setahun lebih jugak berkawan dengan dia,hihihi. Seorang yang baik,slow talk person,caring,penyabar,penyayang. Lagi lagi sayang dia kat girlfriend dia. Sweet sangat sangat. Oit! Anep,last long babe,with your girlfriend and all the best! Good luck yer.. () 

Sekolah tadi ada buat senaman. Aku pula tak ada mood nak bersenam. Adalah sebab sebab tertentu. Aiyooo,sakit perut je memanjang,siksa rasa. Sampai cikgu tegur muka aku pucat. Nasib baik tak buat perangai kat sekolah tadi,kalau tak buat malu je. Happy dengan classmate and sahabat sahabat kat sekolah tadi. Lot of fun and lot of love. Love you all forever friends,family,and MuiMui..

#IndAh rAsA bIlA hAtI teRtUtUp rApAt dAn hAnyA AkAn teRbUkA UntUk yAng hAlAl sAhAjA. INsyA-AllAh...

Monday, July 9, 2012

Thank you for make me smile . . .

Assalamualaikum!

May god always bless us in this  world.. Pasal keluarga aku? Ok,satu demi satu ya. Papa aku sihat alhamdulillah. Kaki papa semakin sembuh,papa makan pun makin berselera.  Aku sebagai anak terasa bahagia,macam dunia ni aku yang punya! Hahaha.  Adik aku,dia asyik asyik main game. Boleh di kata kan 24 jam mengadap lappy. Hari hari darah aku naik marah dia. Haish,teruk,teruk,teruk. Pasal abang aku pula,semalam malam dia call suruh ambil dia kat hostel sebab hari ni dia cuti. Semalam dia balik dia beli kan 1 family KFC,hihihi. Happy nya. Maceh abang! Muimui kurang sihat,kaki dia semacam. Mudah mudahan cepat sembuh ye Muimui sayang..

Pada tarikh 7-7-2012 bersamaan hari Sabtu. Malam tu aku keluar pergi Kip Mart,beli barang dapur sikit. Sampai sampai rumah,akak sedara bagi tahu yang handphone aku berbunyi. Then aku buat endah tak endah jela. Aku just jawab "Oh. Biar jela mungkin message dari CelcomOffer dan sewaktu dengannya" akak sedara aku jawab no la. "Its from *** apa ntah."  Aku macam pelik and tak sangka. Tengok tengok rupanya dari dia. Happy jugak dapat message dari dia. Tapi tak nak mengharap lebih. Takut kecewa lagi. Biasa biasa jela even hati dah rasa macam macam. Ngahhhhhhh!

Terima kasih masih ingat kan saya. Thank you for make me smile with your message. Even you didn't mean anything with it. To me,it's everything.  Awak! selalu jaga diri baik baik ya. Hmm,rindu kat awak. Ehhhhh! Tak boleh macam ni. Tak boleh,tak boleh,tak boleh! Jangan pernah ada rasa macam ni. Ok?  Aja aja fighting..

Wednesday, July 4, 2012

Emm . . :(
Assalamualaikum!

Ahahhh! Semoga hari-hari aku akan terus baik.  Walau hakikatnya tak baik mana pun. Semoga aku selalu di beri kekuatan. Even aku selalu terjatuh dan susah untuk di bangkit semula,hehehe.. Hari-hari aku tanggung rasa sakit ni. Memang betul,mencintai seseorang itu sangat mudah,tapi untuk melupakannya,sepanjang umur,sepanjang hidup! Sampai saat ini,dia sahaja yang ada dalam kotak fikiran aku.  Andai perasaan ini tidak mampu untuk dilenyapkan. Maka tersemat indah lah ianya di dalam hati,tanpa adanya kesedihan. Ini yang aku mahu,pleasee..

Kepada awak CekBulan,semoga terus bahagia bersama orang tersayang,yang selalu ada di sisi awak. Cuma nak awak tahu,saya akan selalu ada untuk awak setiap kali awak perlu kan saya. Saya berdiam bukan bermakna saya lupa. Saya punya dua mata yang tak selalu melihat awak. Saya punya dua tangan yang tak selalu bisa menyentuh awak. Saya punya dua kaki yang tak selamanya bisa berjalan bersama awak. Tapi saya punya hati,yang akan selalu mengingat dan menyayangi awak..  Wish U luck.. (◕‿◕)  

#Harus ku akui. Sampai detik ini. Tak akan ku lupa kisah cinta kita.  Abadi untuk mu,kan ku ukir indah nama mu..