Wednesday, July 18, 2012

HAPPY 9 MONTH..

Assalamualaikum!

Hmm,hari ni tak ada mood sangat.. Hmm,semalam 17-7-2012,tarikh yang bermakna dalam hidup aku.. Aku ada dapat messege dari dia,tapi aku tak mampu nak reply.. Aku tak cukup kuat nak itu ini dengan dia,jadi biarlah aku macam ni je.. Biarlah benda ini berlalu dengan sendiri tanpa paksaan.. Cukup dia bahagia selalu,itu dah memandai buat aku..

Aku rindu,rindu dia yang ada disisi aku.. Ingat lagi,setiap kali hadirnya tarikh tu.. Dia mesti ada dengan aku,tengok bulan dan bintang sama sama.. Tapi itu semua dulu.. Dan takkan mungkin benda itu akan terjadi semula.. Takkan mungkin..

Hmm,macam macam yang terjadi sejak dua menjak ni.. Ayah sedara aku meninggal masa hari Sabtu malam Ahad.. Sedihnya tak terkata dan hanya Allah saja yang tahu.. Al-fatihah.. Banyak sangat dugaan.. Sedih aku pula makin menjadi jadi.. Hmm,semoga sedih aku akan pergi seperti angin yang berlalu.. 

Ya Allah,terima kasih kerana kau telah satu kan semula keluarga ku. Aku gembira sangat berkumpul ramai ramai satu keluarga seperti semalam.. Terasa macam dunia ni aku yang punya.. Aku bahagia saat kongsi gembira,kesedihan bersama sama keluarga aku.. Terima kasih Ya Allah.. Kekal kan lah kebahagiaan ini selama lamanya buat aku dan keluarga.. Amin..

#Awak,selamat berkenalan yer untuk yang ke 9 Bulan.. Semoga awak bahagia selalu.. Sihat selalu.. Wish you luck.. Take care jugak..

No comments:

Post a Comment