Terakhir Kali . . .
Assalamualaikum
Selamat hari ahad! Jam dah pukul 4 pagi tapi aku masih belum tidur sebab tak mengantuk lagi dan pada aku ini masa yang sesuai untuk update blog. Sebelum ni tak ada mood,sebab tu tak update. So,2 hari lepas aku tiba-tiba bukak folder lagu lama-lama aku. Terdengar pulak lagu kat blog ni,macam kena shotgun aku rasa. Jadi,aku letak lah kat blog ni. Lagu ni betul-betul buat aku teringat kat dia. Insan yang terukir namanya di dalam hati aku dan sampai sekarang aku tak mampu nak kikis untuk di lupakan..
Hmmm,sepanjang cuti sekolah ni,tak ada apa pun yang menarik. Yang best pun dapat gather ramai-ramai dengan cousin. Emm,MuiMui aku sihat-sihat je and tadi aku pergi Pasar Karat ternampak ada jual buai untuk Sugar Glider,aku pun beli lah 1 untuk MuiMui aku,hehe. Tengok MuiMui suka sangat,aku lagi la,bertambah-tambah suka,hehehe. Lepastu aku beli,mesti warna pink,sangkar dia pun warna pink. ^^
Cerita pasal diri aku? Hmmm,macam ni lah life aku. Tak ada apa pun yang berubah. Cuma sekarang ni aku dah tak mudah nak berkawan dengan mana-mana lelaki yang aku tak pernah kenal. Setakat berbual kosong tu aku masih boleh untuk di bual kan. Kalau nak berkawan hingga tahu detail diri aku,itu mintak maaf. Aku tak nak mudah jatuh hati pada sesiapa pun. Aku kena belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa kental! Aku tertanya-tanya. Kenapa perasaan ni sukar untuk di hilang kan? Kalau boleh di beri peluang untuk hilang ingatan,aku mahu hilang ingatan! Noktah.
Jujur,aku sangat-sangat rindukan dia. Kemana sahaja tempat yang aku dan dia pernah pergi suatu ketika dahulu. Ianya seperti baru sahaja berlaku semalam. Lagu yang aku dan dia pernah kongsikan bersama berkumandang di radio secara tiba-tiba,akan buat aku teringat kan dia. Setiap kali malam menjelma,pertama yang aku akan cari adalah...,Bulan.
#Meski aku takkan pernah bisa lagi melihatmu. Cinta ini takkan hilang,sampai mati kan ku simpan.. ♥


No comments:
Post a Comment