Still Loving You . .
Assalamualaikum!
Selamat hari Khamis. Dah lama aku tak update blog tercinta ni. Ada lah dalam seminggu lebih tak update. Hmm,macam-macam berlaku dalam hidup aku. Papa excident,kaki belah kanan kat bahagian peha patah. Lori yang langgar,papa pulak naik motor. Setelah 6 hari kat KPJ Specialist Hospital papa dah boleh pulang ke rumah pada hari Isnin hari tu. Happy tak terkata aku. Hari Selasa aku dah sekolah semula,rindu kat kawan-kawan. Even sangat penat,ia hilang serta merta bila tengok papa bergelak ketawa semula. Terima kasih Ya Allah,untuk segala-galanya. Time kat sekolah,otak aku melayang. Otak aku tertanya-tanya,apa papa tengah buat sekarang ni? Papa dah makan ke? Dia masuk bilik air siapa yang jaga? Setiap kali pulang ke rumah,aku nak sampai dengan cepat. Lega hati bila papa ok ok sahaja. Walau pun penat,aku anggap ianya satu tanggungjawab yang harus aku harungi,dan akhirnya aku mampu. (◕‿◕)
Orang yang langgar papa tu akan di saman. "I need my loya buruk! Errr,I mean I need my lawyer.." Hmm,dah report polis segala bagai. Banyak kerja juga kan kena buat. Tak apa lah,sabar itu indah. Kuat kan semangat Abrizah! Ganbatte! (◕‿◕) Selepas kejadian ni,banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang. Aku pula semakin berani tengok luka,darah dan sewaktu dengannya,hehehe. Semoga kehidupan aku lebih baik,hari demi hari. Aja aja fighting! Hehehehe..
Pasal hati aku,aku masih sama yang dulu. Cinta,suka,sayang,masih pada orang yang sama. Haritu dia ada message. Even hanya 1 message. Aku rasa bersyukur sangat. Tapi,lama-lama macam ni pun tak boleh juga kan? Tak baik. Seumpama aku ni mengacau pasangan orang pula. Tapi tak boleh nak buat apa kalau hati ni masih rasa benda yang sama pada dia. Cuma biar lah benda ni berlalu sendiri. Berlalu seperti angin sempoi sempoi bahasa,hehehe.
Aku ada dapat tawaran untuk menjadi juru bahasa. Ini kali ke 4 di tawarkan. Aku mahu,cuma belum sampai seru lagi. Aku rasa lepas habis SPM aku nak sambung belajar jadi Juru Bahasa. Hmm,buntu jugak. Tak apa lah,biar masa sahaja yang menentu kan segala-galanya. Jam dah pukul 12 tengah hari,menunjukkan aku kena sedia kan meja makan untuk papa makan,hihi. Selamat menjamu selera ya. Oh ya,aku macam terdengar bunyi guruh,langit pula menjadi mendung. Seolah-olah memahami isi hati aku,hihi. (◕‿◕)


No comments:
Post a Comment