Monday, June 25, 2012

Tired Being Hurt . . .

Assalamualaikum!

Hari ini biasa-biasa je. Tak ada apa-apa pun yang menarik. Tapi yang tak boleh blah masa kat sekolah,gaduh gurau-gurau last-last tangan aku luka. Puncanya Gigi cakau. Denyut-denyut jari aku yang luka ni,kesakitan. Ngaahhh! Tapi lagi sakit hati ni rasa. Bila seseorang yang telah menyentuh hati kita dan kemudian dengan mudahnya dia melukai. Ini lagi sakit rasanya dari tangan aku yang luka ni!

Ya  Allah,berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua ni.  Andai dia bukan untuk aku,hapus kan lah perasaan ini terhadapnya.  Aku letih dengan semua ini. Hmm,semalam cerita pasal baju. Tiba-tiba teringat baju yang aku beli masa bulan 3 haritu. Baju untuk si dia. Sampai sekarang ni aku simpan dan aku tak mampu nak buat apa-apa. Niat hati masa beli tu memang nak belikan untuk dia. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi dia. Kecewa sangat-sangat. Tapi selalu nasihat diri aku sendiri yang sabar itu indah. ()

Susah sangat nak lupakan dia. Sakit sangat rasa benda ni. Sedang kan dia tengah bahagia tanpa menghiraukan sikit pun tentang perasaan aku.  Aku tak sangka,orang yang aku percaya sepenuh hati aku,orang yang aku sayang,cinta,buat aku macam ni. Seolah-olah aku tak ada perasaan dan takkan terasa apa-apa pun. Sedang kan dia tahu macam mana perasaan aku terhadap dia.  Aku kecewa sangat dengan sikap dia. Sekurang-kurang nya beritahu macam mana cerita kita boleh tak? Jangan buat aku macam tunggul.   (╥﹏╥)

Huaaaaaaaaa,sedihnya. Hari-hari aku sakit rindu kan dia. Sedang kan dia?  Ada orang sayang,ada orang care pasal dia dan sewaktu dengannya lah.  Aku? Sedih sana sini. Kecewa itu ini. Sakit situ sini.  Aku dah cukup penat dengan kekecewaan. Please,bawa benda ni semua jauh-jauh dari aku. Hmmm,sakit rasa nya bila itu ini yang aku nak buat,akan teringat kan dia. Sayu sangat hati ni bila hanya boleh teringat kan kenangan kenangan yang pernah kita lalui bersama. Dan takkan mungkin kenangan itu akan terjadi semula kan?   (╥﹏╥)

#Tak mudah untuk melupakan seseorang yang telah menyentuh hati kita dan kemudian dengan mudahnya dia melukai..

Thursday, June 21, 2012

Still Loving You . . 

Assalamualaikum!

Selamat hari Khamis. Dah lama aku tak update blog tercinta ni.  Ada lah dalam seminggu lebih tak update. Hmm,macam-macam berlaku dalam hidup aku. Papa excident,kaki belah kanan kat bahagian peha patah. Lori yang langgar,papa pulak naik motor. Setelah 6 hari kat KPJ Specialist Hospital papa dah boleh pulang ke rumah pada hari Isnin hari tu. Happy tak terkata aku. Hari Selasa aku dah sekolah semula,rindu kat kawan-kawan. Even sangat penat,ia hilang serta merta bila tengok papa bergelak ketawa semula. Terima kasih Ya  Allah,untuk segala-galanya. Time kat sekolah,otak aku melayang. Otak aku tertanya-tanya,apa papa tengah buat sekarang ni? Papa dah makan ke? Dia masuk bilik air siapa yang jaga? Setiap kali pulang ke rumah,aku nak sampai dengan cepat. Lega hati bila papa ok ok sahaja.  Walau pun penat,aku anggap ianya satu tanggungjawab yang harus aku harungi,dan akhirnya aku mampu. (◕‿◕)

Orang yang langgar papa tu akan di saman. "I need my loya buruk! Errr,I mean I need my lawyer.." Hmm,dah report polis segala bagai. Banyak kerja juga kan kena buat. Tak apa lah,sabar itu indah. Kuat kan semangat  Abrizah! Ganbatte! (◕‿◕) Selepas kejadian ni,banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang.  Aku pula semakin berani tengok luka,darah dan sewaktu dengannya,hehehe. Semoga kehidupan aku lebih baik,hari demi hari.  Aja aja fighting! Hehehehe..

Pasal hati aku,aku masih sama yang dulu. Cinta,suka,sayang,masih pada orang yang sama. Haritu dia ada message. Even hanya 1 message.  Aku rasa bersyukur sangat. Tapi,lama-lama macam ni pun tak boleh juga kan? Tak baik. Seumpama aku ni mengacau pasangan orang pula. Tapi tak boleh nak buat apa kalau hati ni masih rasa benda yang sama pada dia. Cuma biar lah benda ni berlalu sendiri. Berlalu seperti angin sempoi sempoi bahasa,hehehe.

Aku ada dapat tawaran untuk menjadi juru bahasa. Ini kali ke 4 di tawarkan.  Aku mahu,cuma belum sampai seru lagi.  Aku rasa lepas habis SPM aku nak sambung belajar jadi Juru Bahasa. Hmm,buntu jugak. Tak apa lah,biar masa sahaja yang menentu kan segala-galanya. Jam dah pukul 12 tengah hari,menunjukkan aku kena sedia kan meja makan untuk papa makan,hihi. Selamat menjamu selera ya. Oh ya,aku macam terdengar bunyi guruh,langit pula menjadi mendung. Seolah-olah memahami isi hati aku,hihi. (◕‿◕)

Sunday, June 10, 2012

Terakhir Kali . . .

Assalamualaikum

Selamat hari ahad! Jam dah pukul 4 pagi tapi aku masih belum tidur sebab tak mengantuk lagi dan pada aku ini masa yang sesuai untuk update blog. Sebelum ni tak ada mood,sebab tu tak update. So,2 hari lepas aku tiba-tiba bukak folder lagu lama-lama aku. Terdengar pulak lagu kat blog ni,macam kena shotgun aku rasa. Jadi,aku letak lah kat blog ni. Lagu ni betul-betul buat aku teringat kat dia. Insan yang terukir namanya di dalam hati aku dan sampai sekarang aku tak mampu nak kikis untuk di lupakan..

Hmmm,sepanjang cuti sekolah ni,tak ada apa pun yang menarik. Yang best pun dapat gather ramai-ramai dengan cousin. Emm,MuiMui aku sihat-sihat je and tadi aku pergi Pasar Karat ternampak ada jual buai untuk Sugar Glider,aku pun beli lah 1 untuk MuiMui aku,hehe. Tengok MuiMui suka sangat,aku lagi la,bertambah-tambah suka,hehehe. Lepastu aku beli,mesti  warna pink,sangkar dia pun  warna pink. ^^

Cerita pasal diri aku? Hmmm,macam ni lah life aku. Tak ada apa pun yang berubah. Cuma sekarang ni aku dah tak mudah nak berkawan dengan mana-mana lelaki yang aku tak pernah kenal. Setakat berbual kosong tu aku masih boleh untuk di bual kan. Kalau nak berkawan hingga tahu detail diri aku,itu mintak maaf.  Aku tak nak mudah jatuh hati pada sesiapa pun.  Aku kena belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa kental!  Aku tertanya-tanya. Kenapa perasaan ni sukar untuk di hilang kan? Kalau boleh di beri peluang untuk hilang ingatan,aku mahu hilang ingatan! Noktah.

Jujur,aku sangat-sangat rindukan dia. Kemana sahaja tempat yang aku dan dia pernah pergi suatu ketika dahulu. Ianya seperti baru sahaja berlaku semalam. Lagu yang aku dan dia pernah kongsikan bersama berkumandang di radio secara tiba-tiba,akan buat aku teringat kan dia. Setiap kali malam menjelma,pertama yang aku akan cari adalah...,Bulan. 

#Meski aku takkan pernah bisa lagi melihatmu. Cinta ini takkan hilang,sampai mati kan ku simpan.. 

Sunday, June 3, 2012

Masih. . . .

Assalamualaikum!

Selamat hari  Ahad! Ehehhh,pagi-pagi buta baru aku nak update blog,muehehe. Semalam tak dapat nak update sebab otak aku blur sangat. So,semalam malam dalam pukul 7 lebih aku dah keluar rumah pergi ke Giant hantar kain untuk di buat baju Raya nanti,hehe. Insya-Allah 17-7-2012 dah boleh ambil baju tu. Lepas dah hantar baju,aku pergi Kip Mart,guess  what?!  Aku dah potong rambut!! Hahahaha,sukar untuk di percayai. Rasa janggal jugak berambut pendek ni,hihihihihi. Lama-lama nanti biasa la kan?

Cerita pasal MuiMui aku yang gedik tu. Dia semakin hari semakin sihat,tengok la Mummy dia yang jaga kan? Hehehe,perasan melanda diri.  Apa pun alhamdulillah MuiMui sihat,happy! Life aku semakin hari semakin beransur pulih. Cuma kadang-kadang tu terganggu jugak la setiap kali dia menjelma di kotak fikiran aku ni. Hope so this all  will end as soon as possible! Tak larat dah nak tunggu lama-lama. Boleh botak rambut aku lama-lama fikir kan benda ni,hahaha.

Nampaknya aku tukar lagi lagu Blog ChukCham ni,Flop Poppy-Masih. Setiap lagu yang aku letak dalam blog ni ialah dari suara hati aku sendiri. Cuma yang menyampaikannya adalah orang lain. Lirik-lirik dalam lagu ni..  Aku rasa aku macam baru je kena tembak pakai ShotGun. Hmmmm,aku tak tahu nak cakap macam mana lagi lahh!  (╥﹏╥)

#Tidak perlu berpura-pura tidak menyayangi andai hati masih mencintai.. Mulut tak boleh merubah kata hati.