Assalamualaikum!
Selamat hari Sabtu yang indah. Hari ini sepatutnya aku ada sekolah ganti,ikut jadual hari Kahmis. Tapi aku tak pergi pun. Hahaha. Tak apa lah kan? Lagi pun abang aku nak balik rumah,bila lagi aku nak spent time dengan dia kan? Tadi bangun-bangun pagi je aku terkejut tengok cina mana entah tidur bilik adik aku,rupa-rupanya abang aku. Hihihihi,dah putih abang aku sekarang ni.. Semakin handsome pun iye,hihihihi. Happy dapat kumpul macam ni. Dengar-dengar abang aku cuti dua hari,Sabtu dengan Ahad. Bestnyer,and rasa malam ni macam nak pergi beli benda tu je. Agak-agak dapat tak? Haish! Geramnyer. Hehehe. Tapi aku percaya,sabar itu indah. Kalau tak dapat nak beli hari ini,hari lain pun ada kan? Ngeeee~ Tak sabar sangat nak memiliki dia. Cinta kan dia ada respon,sayang kan dia ada respon,suka kan dia pun ada respon. Indahnya.. Semakin ingin untuk memilikinya. Semoga di berkati Allah. Amin..
Hari-hari persekolahan aku Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Kawan-kawan pun ok sahaja. Ada jugak musuh aku,classmate siap. Dari aku bergaduh atau apa sekali pun. Lebih baik aku anggap dia tak wujud. Aku malas nak berperang besar mahu pun kecil. Dari itu ini,lebih baik aku buat dia tak wujud. Itu lebih baik. Biar lah dia dengan life dia,aku dengan life aku. Tapi amat menjengkelkan setiap apa yang aku buat,akan di perhatikan oleh dia. Ya Allah,berikan lah aku kekuatan untuk terus berhadapan dengan dia,dan buang jauh-jauh sifat amarah aku ini. Semoga setiap kali berhadapan dengan pelbagai dugaan dari-MU. Aku akan hadapi dengan tenang. Amin..
Dan.......,oh ya. Mama cakap semalam abang bawa balik kawan perempuan dia. Tak tahu siapa nama dia. Cantik,putih,kecik molek. Hehehe,yang penting...,dia baik. Sukanyaaaa ada kakak ipar macam tu. And mama cakap dia nak datang lunch nanti. Yeayyy!! Tapi tak tahu lah dia datang ke tidak. Hihihihi. Hari Selasa bersamaan 17/4/2012! Haritu,aku dapat birthday present. Teddy SpongeBob. Besar gila.. Terharu lah.. Non stop birthday present tu.. Lepastu dapat lagi RM50 dari cousin. Grrrr~ Sweet17 this year. Happy ok! ^_^
Life aku sekarang ni Alhamdulillah semuanya baik. Terima kasih Ya Allah.. Aku akan terus mencari kebahagian aku. Dan aku sedar,aku patut memiliki kebahagiaan itu. Bukan dengan cara bercinta,tapi dengan bersama insan-insan yang aku sayang dan cintai. Dan menuju ke jalan-NYA. Insya-Allah. Belajar bercinta dengan diri sendiri dahulu. Belajar muhasabah diri. Mudah-mudahan kan? Syukran Ya Allah.. ^_^ Selangkah lagi,untuk terus menuju ke jalan-MU. Dan cara yang diredhahi-MU. Dan aku akui,sehingga sekarang ini masih belum ada sesiapa pun yang mampu mencuri hati aku ini,dan masih nama dia yang tertulis dalam hati aku ini,aku redha,andai dia bukan untuk aku. Aku disini akan terus mendoakan yang terbaik untuk dia.. Ok lah..,have a nice day today.. ^_^

No comments:
Post a Comment