Assalamualaikum!
Jam dah pukul 9 malam. Sejuk je dekat luar ni. Sambil di temani lagu Opick,aku terasa tenang sangat. Esok sekolah seperti biasa. Semoga hari esok lebih baik dari hari yang sebelum-sebelumnya. ^_^ Hari ni pula satu hari duduk kat rumah sahaja. Qila ada,dia menemani hari-hari cuti aku di rumah. Hehehe. Tapi baru je tadi mama dia hantar dia pulang ke rumah. Rindunya dekat dia. Sunyi pula rasa. Tak apa la,ada rezeki nanti,pasti akan berjumpa lagi. Hihihihi.
Ya Allah,aku rindu kan si dia. Aku rindu semua pasal dia. Adakah aku menipu diri aku dengan berdiam secara begini? Ya Allah,hanya engkau yang maha mengetahui.. Hmm,aku rindu sangat kat dia. Handphone aku masih penuh dengan message dia. Dalam handphone aku hanya save nombor dia seorang sahaja. Kadang-kadang aku akan baca message aku dengan dia,sebagai pengubat rindu aku pada dia. Dengar lagu-lagu yang kita pernah kongsikan bersama.. Hmm,tak apa lah,aku anggap ianya hanya satu dugaan yang harus aku harungi. Insya-Allah,aku pasti mampu menghadapinya perlahan-lahan.
Insya-Allah,aku akan miliki benda itu tak lama lagi. Aku tak nak cakap sekarang sebab aku belum lagi memiliki benda itu. Mudah-mudahan di berkati Allah dan di redhahinya. Amin.. Aku mahu benda itu menemani aku di dunia yang sementara ini,mengisi kekosongan aku. Dan sentiasa menemani aku. Hihihihi. Tersenyum sendiri aku bila terfikir kan benda tu. ^_^ Sampai di sini sahaja cerita aku untuk hari ini. Selamat menjamu selera!

No comments:
Post a Comment