Sunday, April 22, 2012

Assalamualaikum!

Jam dah pukul 9 malam. Sejuk je dekat luar ni. Sambil di temani lagu Opick,aku terasa tenang sangat. Esok sekolah seperti biasa. Semoga hari esok lebih baik dari hari yang sebelum-sebelumnya. ^_^ Hari ni pula satu hari duduk kat rumah sahaja. Qila ada,dia menemani hari-hari cuti aku di rumah. Hehehe. Tapi baru je tadi mama dia hantar dia pulang ke rumah. Rindunya dekat dia. Sunyi pula rasa. Tak apa la,ada rezeki nanti,pasti akan berjumpa lagi. Hihihihi.
Ya  Allah,aku rindu kan si dia.  Aku rindu semua pasal dia.  Adakah aku menipu diri aku dengan berdiam secara begini? Ya  Allah,hanya engkau yang maha mengetahui.. Hmm,aku rindu sangat kat dia. Handphone aku masih penuh dengan message dia. Dalam handphone aku hanya save nombor dia seorang sahaja. Kadang-kadang aku akan baca message aku dengan dia,sebagai pengubat rindu aku pada dia. Dengar lagu-lagu yang kita pernah kongsikan bersama.. Hmm,tak apa lah,aku anggap ianya hanya satu dugaan yang harus aku harungi. Insya-Allah,aku pasti mampu menghadapinya perlahan-lahan. 
Insya-Allah,aku akan miliki benda itu tak lama lagi.  Aku tak nak cakap sekarang sebab aku belum lagi memiliki benda itu. Mudah-mudahan di berkati  Allah dan di redhahinya.  Amin..  Aku mahu benda itu menemani aku di dunia yang sementara ini,mengisi kekosongan aku. Dan sentiasa menemani aku. Hihihihi. Tersenyum sendiri aku bila terfikir kan benda tu. ^_^  Sampai di sini sahaja cerita aku untuk hari ini. Selamat menjamu selera!

Saturday, April 21, 2012

Assalamualaikum!

Selamat hari Sabtu yang indah. Hari ini sepatutnya aku ada sekolah ganti,ikut jadual hari Kahmis. Tapi aku tak pergi pun. Hahaha. Tak apa lah kan? Lagi pun abang aku nak balik rumah,bila lagi aku nak spent time dengan dia kan? Tadi bangun-bangun pagi je aku terkejut tengok cina mana entah tidur bilik adik aku,rupa-rupanya abang aku. Hihihihi,dah putih abang aku sekarang ni.. Semakin handsome pun iye,hihihihi. Happy dapat kumpul macam ni. Dengar-dengar abang aku cuti dua hari,Sabtu dengan  Ahad. Bestnyer,and rasa malam ni macam nak pergi beli benda tu je.  Agak-agak dapat tak? Haish! Geramnyer. Hehehe. Tapi aku percaya,sabar itu indah. Kalau tak dapat nak beli hari ini,hari lain pun ada kan? Ngeeee~ Tak sabar sangat nak memiliki dia. Cinta kan dia ada respon,sayang kan dia ada respon,suka kan dia pun ada respon. Indahnya.. Semakin ingin untuk memilikinya. Semoga di berkati  Allah.  Amin.. 
Hari-hari persekolahan aku  Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Kawan-kawan pun ok sahaja.  Ada jugak musuh aku,classmate siap. Dari aku bergaduh atau apa sekali pun. Lebih baik aku anggap dia tak wujud.  Aku malas nak berperang besar mahu pun kecil. Dari itu ini,lebih baik aku buat dia tak  wujud. Itu lebih baik. Biar lah dia dengan life dia,aku dengan life aku. Tapi amat menjengkelkan setiap apa yang aku buat,akan di perhatikan oleh dia. Ya  Allah,berikan lah aku kekuatan untuk terus berhadapan dengan dia,dan buang jauh-jauh sifat amarah aku ini. Semoga setiap kali berhadapan dengan pelbagai dugaan dari-MU.  Aku akan hadapi dengan tenang.  Amin.. 
Dan.......,oh ya. Mama cakap semalam abang bawa balik kawan perempuan dia. Tak tahu siapa nama dia. Cantik,putih,kecik molek. Hehehe,yang penting...,dia baik. Sukanyaaaa ada kakak ipar macam tu.  And mama cakap dia nak datang lunch nanti. Yeayyy!! Tapi tak tahu lah dia datang ke tidak. Hihihihi. Hari Selasa bersamaan 17/4/2012! Haritu,aku dapat birthday present. Teddy SpongeBob. Besar gila.. Terharu lah.. Non stop birthday present tu.. Lepastu dapat lagi RM50 dari cousin. Grrrr~ Sweet17 this year. Happy ok! ^_^ 
Life aku sekarang ni  Alhamdulillah semuanya baik. Terima kasih Ya  Allah..  Aku akan terus mencari kebahagian aku. Dan aku sedar,aku patut memiliki kebahagiaan itu. Bukan dengan cara bercinta,tapi dengan bersama insan-insan yang aku sayang dan cintai. Dan menuju ke jalan-NYA. Insya-Allah. Belajar bercinta dengan diri sendiri dahulu. Belajar muhasabah diri. Mudah-mudahan kan? Syukran Ya  Allah.. ^_^ Selangkah lagi,untuk terus menuju ke jalan-MU. Dan cara yang diredhahi-MU. Dan aku akui,sehingga sekarang ini masih belum ada sesiapa pun yang mampu mencuri hati aku ini,dan masih nama dia yang tertulis dalam hati aku ini,aku redha,andai dia bukan untuk aku.  Aku disini akan terus mendoakan yang terbaik untuk dia.. Ok lah..,have a nice day today.. ^_^

Saturday, April 14, 2012

Aku Redha..


Assalamualaikum!

Selamat hari Sabtu dunia!
Masa tak memberi ruang langsung untuk update blog ni..
Ok,masa 7/4/2012  A'ai ada buat kenduri baca yasin kat ruma dia and makan-makan..
Lepas tu tiba-tiba ada birthday party aku..
Serius aku tak sangka,terkejut sangat-sangat.. Hahahaha..
Than x la pada semua nya..  A'ai,Zira,Intan..
Akak and abang aku,Faeez.. Then dapat hadiah lagi.. Happy! Hehehe..
Alhamdulillah life aku makin beransur pulih..
Aku dah tak ada sedih seperti dulu.. 
Yang aku ingin cari sekarang ni hanyalah kebahagian yang sepatutnya aku miliki..
Aku dah malas nak fikir pasal hati dan perasaan aku sangat..
Andai ada jodoh aku dengan dia,ada lah tu..
Andai tiada,aku redha.. Semuanya ketentuan-NYA..
Mungkin ada yang lebih baik yang akan datang,Insya-Allah..
Hari Rabu 11/4/2012 aku pergi City Square dengan sedara aku..
Then kat sana jumpa  A'ai and akak.. Kita orang tengok wayang..
Cerita Dark Fligh.. Boleh tahan cerita Thailand ni..  And agak kelakar..
Aku ingat kan hari ni nak tengok  wayang jugak,cerita BattleShip..
Tapi tengok la keadaan macam mana kan? Hihihih..  Apa pun boleh..
Aku happy,sebab aku dah boleh terima semua ni dengan hati yang terbuka..
Cuma buat masa sekarang ni aku tak boleh nak terima mana-mana lelaki..
Mungkin.. Ntah la.. Aku sendiri pun tak faham..
Yang penting sekarang ni aku redha,seandainya dia bukan untuk aku..
Dia pun nampak bahagia sangat sekarang ni.. Tahniah dan semoga terus bahagia..
Kalau boleh,aku nak tutup semua cerita aku dan dia..
Sebab,semua pasal aku dan dia masih bermain dalam kotak fikiran aku ni..
Tapi biar masa sahaja yang menentukan segala-galanya..
Aku redha atas segala-galanya..

#Kau sempurna di mata aku. Tapi sayang,kau bukan milik aku...

Thursday, April 5, 2012

Assalamualaikum!

Hari ni sekolah ok-ok sahaja.. Fun sangat sekolah hari ni..
Satu hari ketawa je memanjang kat sekolah..
Semalam budak-budak kelas cakap,kelas sunyi tak ada aku..
Hahahaha,terharu kejap..
Tapi memang itu la kenyataan nya,bila aku tak ada kat sekolah..
Tak meriah kata classmate aku.. Hehehe..
Seriusly,aku 24 jam dengar lagu kat blog ni..
Oh yaa..,aku terasa sangat la puas dengan apa yang aku buat kat blog ni..
Seperti yang aku ingin kan.. Simple but nice..
Macam aku..,aku seorang yg simple.. But people  will said,"nice to know you.."
Yeahhhh..thats the most I like.. Hihihihihi..
Sesekali puji diri sendiri pun apa salah nya kan? 
Siapa lagi nak sayang kan kita,selain diri sendiri kita juga..
Hahahaha.. Belit-belit ayat..,tapi aku suka..
It  will sounds pelik  when I speak in Malay you see..
Hahahaha.. Rindu kot dengan Iklan tu.. Hehehehe...
Haaaa,aku rajin layan cerita Cinta Buat Emelda.. Cerita tu best sangat-sangat..
Dan aku rajin layan cerita 3 Janji..
Ini dua sahaja la cerita paling aku suka sangat untuk bulan  April ni..
Hari ni pun tak ada apa yang nak di cerita kan sangat..
Layan cerita Cinta Buat Emelda dahulu.. ^^

Wednesday, April 4, 2012

Thank You .

Assalamualaikum!

4th  April 2012 today.. Such a beautiful date to me..
Dua hari lepas..,on 2nd  April 2012..  
Celebrate birthday aku dekat KFC.. Terharu sangat-sangat..
Even someone ruin everything.. But I'm happy..
 Because diaorang ada niat nak raikan..
At the second day 3rd  April 2012..  Aku dapat hadiah!! Ngehahaha..
1st hadiah dari Unty for Seminar Skor  A RM138 and another RM100 masuk poket..
2nd hadiah dari mama (mak sedara) RM100 masuk poket jugak..hahaha..
3rd hadiah dari Nurul.. Hihihihi..
And ini isi nya,belum buka lagi.. Hahahaha..
4th dari family Nurul..
Cantik kan jam ni? Sukaaa!! Hihihihi...
5th dari Intan.. 
Isi nya adalah tempat letak kotak tisu.. Tak sempat nak snap gambar..
Cantik sangat tempat letak nya.. Hihihihi..
Jadi tak ada lah aku sepah-sepah kan kotak tisu Premier aku ni..
Hmm,selepas 4 hari berlalu after genapnya umur aku 17 tahun..
Aku terasa kosong.. Kosong sangat-sangat..
Aku tahu sekarang ni insan yang aku rindui..
Sedang bahagia bersama insan yang dia cintai..
Aku doa kan,dia akan terus bahagia di samping insan yang dia cintai..
Walaupun sampai terbawa-bawa sampai ke mimpi wajah dia dalam tidur aku..
Yang aku amat merindui dia..  
Aku redha,yang rindu ini akan pergi bersama semua kenangan antara aku dan dia..
Terima kasih pada dia sudi hadir dalam hidup aku..
Sudi mengisi di ruang hati aku.. Sudi menemani aku di dalam mimpi juga..
Aku tumpang happy,seandainya dia juga happy dengan life dia sekarang..
Semoga dia terus berjaya dalam kehidupan dia.. 
Dapat,apa yang dia impikan selama ini..
Emm,aku ada beli kan dia sesuatu..
Tapi sampai sekarang ni aku tak dapat nak bagi dia..
Tak apa la,biar aku simpan semuanya.. Biar ianya menjadi kenangan hidup aku..
Sometimes it lasts in love but sometimes its hurts instead..
Last from me..,let it gone,by gone.. Thank you for everything..