Thursday, May 31, 2012

Thank you...

Assalamualaikum!

Selamat petang,hehehe.. Lagu kat dalam blog aku ni cool kan?  Aku suka gila. Memandang kan line broadband aku ni macam F1 dan memandang kan aku dah lama tak jenguk T-ara kat YouTube,dengan senang hati tadi aku pun bukak la YouTube and search T-ara.  Ahaaa,lagu ni mampu buat aku menangis.  Awesome bukan? Ngehaha! Rasa nak menari ada,nak nyanyi ada,nak nangis pun ada. Boleh di kata kan,macam-macam ada.  Aku ada,kau ada? Haha! Ohhh ya,hari ni pun duduk rumah sahaja,agak bosan,tapi terima jelah! Layan cerita "Ada Apa Dengan Cinta" tadi,ngahhhh,dah lama aku tak tengok cerita tu,rinduuuu.

Kadang-kadang kan,aku rasa nak jadi seorang yang jahat. Jahat sangat-sangat,lebih dari kejam. Tapi entah la,rasa tu hadir sekejap je. Lepas tu hilang la. Senang cerita,aku sendiri pun tak faham la,hahahaha. Haihh,rindu sekolah. Rindu nak makan nasi lemak dekat kantin,rindu nak rehat dengan  A'ai,Nisa,Leya, Azira,Intan rindunyee.. Rindu dekat classmate aku,Lela dengan Mala,rindunye dekat kau orang. Bosan duduk rumak,mencik! Hahaha. Rindu nak ketawa sama-sama. Rindu nak gaduh sama-sama. Rindu nak buat hal sama-sama. Rindu nak belajar sama-sama. Rindu bermacam rindu lah! Hehehe.

Pada aku,kawan adalah segala-galanya kan? Tanpa kawan apa lah erti hidup aku ini. Ketika di sakiti oleh orang yang kita benar-benar Cinta dan Sayang. Kawan yang akan berada di sisi untuk menenang kan kita. Orang yang kita cintai..,apa dia mampu buat? Terus dan terus menyakiti hati kita?  Aku benci apa itu cinta pada kekasih. Sangat-sangat Benci! Dan kerana cinta pada kekasih juga,kawan-kawan aku terluka!  Aku benci,,,benci perasaan yang bernama "cinta pada kekasih" aku benci yang teramat. Eheh!  Aku menyesal mengenali apa itu cinta pada sang kekasih. Serius aku menyesal. Dan aku berharap,perasaan ni takkan pernah hadir sekiranya ia berakhir dengan kelukaan..  Aku penat dengan apa itu terluka. Kepada si dia,terima kasih untuk segala-galanya..

#Tiada jodoh antara kita.  Aku mulai dapat menerima kenyataan ini,aku semakin melupakanmu...   :)

Wednesday, May 30, 2012

Gath !
Assalamualaikum!

Selamat malam.. Hmm,satu hari duduk rumah hari ni,sangat-sangat bosan..  And 1 hari,hari ni layan YouTube je.. Siap download movie lagi,hahaha.. Sebenarnya otak blur,tak tahu nak update apa hari ni.. Hmm,MuiMui sihat-sihat je,siap semakin gemuk,hehehe.. Sekarang ni aku tengah dengar lagu Nidji - Bila  Aku Jatuh Cinta.. Sedih la pulak dengar,hehe.. 

Ok,pada 22,23,24 June,aku akan berada di Sungai Congkak di Selangor.. Room Camfrog aku buat gath kumpul beramai-ramai  warga room kita.. Mesti fun kan? Tiap-tiap tahun diaorang buat,aku tak pernah dapat join.. So,harap-harap kali ni dapat lah join.. Dan semoga semuanya berjalan dengan lancar,hehehe.. Mudah-mudahan la kan semuanya akan baik-baik sahaja..  Aku lapar la,dari tengah hari tadi tak makan,hahahaha.. So,selamat menjamu selera!

Monday, May 28, 2012

Papinka - Dimana Hatimu

Assalamualaikum!

Lagu ni dari aku untuk dia.  Walaupun ianya hanya sebuah lagu,lagu la yang mampu meluahkan apa yang terbuku dalam hati kita ini,yang kita tak mampu nak ungkap kan dengan mulut kita sendiri.  Aku amat merindui dia...



Inilah akhir cintaku,inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu,tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu

Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu

Tak bisa ku melupakanmu,tak bisa aku tanpa mu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

Hmmm
Assalamualaikum!

Hari ini hari Isnin dan aku sangat la bosan. Lebih baik sekolah dari cuti ni,sebab nya aku tak tahu apa nak buat di hari cuti ni. Balik-balik duduk rumah dan blur tak tahu apa nak buat. Ohhh ya,hari Sabtu hari tu aku sekolah,dah melepas tak dapat tengok cerita Barbie,haha. Lepas balik dari sekolah,aku ajak Zira datang rumah,plan dengan Kak Tasha and  Abang Epul nak tengok movie diaorang cakap on,aku apa lagi,sia-siap dan akhirnya tengok cerita Men In Black 3,pada aku cerita tu boleh la. Lagi best Battleship,eheh! Lepas dah habis tengok movie,pergi Pasar Karat pulak,jalan-jalan dengan Zira,lepak kedai  Abang Daniel. Happy,dapat hang dengan diaorang. Ketawa non stop,sampai penat aku,hahaha. Sampai rumah,tukar baju terus tidur. ^^

Carita pasal hati aku.  Aku kena belajar untuk lupa kan dia,berhenti rindu kan dia,berhenti sayang kan dia,berhenti suka kan dia,berhenti fikir kan dia,berhenti menanti kan dia,berhenti mengharap dari dia,berhenti segala berhenti lah! Jangan menyesal perpisahan tapi menyesal la perjumpaan. Setiap kali kita marah,benci,kita akan cakap "Aku menyesal jumpa dia" tapi pada aku,aku tak pernah menysesal jumpa dia.  Aku menyesal sebab perasaan ni hadir untuk orang yang bukan milik aku. Setiap hari aku sakit merindui dia,setiap hari aku sakit fikir kan dia,setiap hari aku sakit terus sayang kan dia,setiap hari aku sakit terus suka kan dia,hari-hari aku sakit. Sampai bila aku nak terus sakit? Jadi aku kena belajar untuk berhenti dari terus disakit.  

Walau pun aku tahu,hakikatnya aku tak mampu nak lupa kan dia,tak mampu nak berhenti suka kan dia,tak mampu nak berhenti sayang kan dia,tak mampu nak berhenti fikir kan dia,tak mampu nak berhenti menanti kan dia.  Aku kena juga buat. Kenapa kuat sangat perasaan aku terhadap kau ha?!  Aku benci perasaan ni,kalau boleh aku bunuh,dah lama aku bunuh,kalau boleh aku tanam,dah lama aku tanam. I'm tired enough being hurt.. I hope this feeling  will be end soon...  Amin.

Friday, May 25, 2012

Assalamualaikum!

Dah lama sangat-sangat aku tak update blog,rindu. Hehehe. Setelah lama bagi abang pakai lappy ni,akhirnya kembali juga ke pangkuan aku. Hihi. Haaa,benda yang aku cakap tu,aku dah pun memilikinya. MuiMui nama nya. Hihihi,ianya adalah seekor Sugar Glider. Gewdik sangat-sangat MuiMui aku tu,degil,nakal! Hehehe. Life aku alhamdulillah semua nya ok sahaja.  Aku pun makin gemuk. Stress sangat,hahaha. Sehingga ke hari ini aku tak mampu membuka hati aku pada sesiapa pun. Ntah la,mungkin aku masih mengharap dari dia.  Aku pun tak tahu kenapa.  Aku rindu semua nya pasal dia. Tapi tak apa,aku kuat dan aku mampu harungi semua ni. Cinta,bukan hanya dengan 'memiliki' sahaja. 'Melepaskan' dan melihat dia bahagia adalah juga cinta. Lebih baik aku lepaskan sahaja dia,kan?  Aku tumpang bahagia untuk dia kalau dia bahagia. (◕‿◕)

Aku ada baca message lama dari dia,IM facebook,chat Skype. Terkenang semula suasana tu. Dan aku rindu suasana tu. *sebak*  Walau apa pun jadi,aku kena terus kan hidup,dan teruskan perjalanan hidup aku ini. Biar ianya jadi suatu kenangan yang indah buat aku.  Aku kena kuat! Hehehe.

Kat blog sahaja yang aku mampu nak luah kan.  Aku tak mampu nak cerita dekat kawan. Sebab aku cakap aku dah lupa kan semua nya pasal dia. Hakikat nya aku tak mampu nak lupa kan dia  walau sikit pun. Maaf kawan,aku terpaksa tipu.  Aku selalu berharap,aku tak akan mengenali lagi apa itu cinta,apa itu sayang,apa itu suka.  Aku dah penat kecewa. Sekarang ni aku nak kawan-kawan dan keluarga aku selalu ada di sisi aku. Itu dah mencukupi buat aku.

#They say past is past.  We need to move on to see the future. But how can  we move on  when our past is the only thing  we ever  wanted in the future. I can't stop from loving him..