Friday, January 20, 2012

N T A H

Assalamualaikum

Selamat hari jumaat! Esok dah nak berangkat.. Hihihihihi..
Even berat sangat hati ni.. Tapi mungkin ini adalah yang terbaik..
Untuk aku pergi jauh,seperti yang aku inginkan..
Semoga aku terus tersenyum..  Walaupun ada sesuatu yang terjadi pada aku..
Gigi..,aku tak tahu nak cakap macam mana lagi..
Ntah la.. Buntu sangat kepala ni..
Hmm,aku rindu sangat kat dia..  Apa dia tengah buat sekarang ni ye?
Sihat ke dia? Semoga dia baik-baik sahaja..
Merindui seseorang yang mustahil dimiliki..
Aku nak sangat tutup buku kesedihan aku.. Tapi,kesedihan tu memang milik aku..
Aku tak boleh nak buat apa dah..  Wahai hati,kenapa lah kau degil sangat?
Sudah-sudah la tu..  Aku dah cukup penat,sangat-sangat penat..
Aku ingin terus tersenyum,senyum yang tiada kesedihan di sebaliknya..
Aku dah cuba buang perasaan ni,tapi aku tak jumpa tong sampahnya..
Emm,pada papa tercinta,thank you for the phone.. 
Thank you so much papa.. I love you..

#Ku pandang di atas awan,ku lihat bulan melambai,ku hulur tangan menggapai tetapi tiada sampai,ku tahu bulan menunggu tapi apa lah dayaku,ku hanya mampu meratap di dalam ratapan sayu..

#Deep in my heart,I'm suffering,knowing that I've lost U. On the outside,I'm living,pretending that I've forgotten U..

Wednesday, January 18, 2012

R I N D U

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog tercinta! Busy sangat-sangat dengan life..
Hihihi.. Hari ni sekolah biasa-biasa je.. Tapi penat lah,sebab banyak sengat tugas..
Hari-hari benda yang sama.. Kena amik nama budak yang ponteng kelas la..
Kedatangan murid lagi.. Hantar kan buku.. Isi buku pengurusan kelas lagi..
Then nak kena buat kecerian kelas.. And macam-macam lagi la..
Day by day,tambah-tambah kerja.. Fuhhh~ Sangat mencabar!
Cikgu BM aku agak membosankan.. 
Time dia je boleh di katakan satu kelas mengantuk.. Termasuk lah aku..
Hahahaha,time BM je mengantuk,mengantuk je time BM..
Cikgu MT aku paling best,sepuluh kali tak faham,sepuluh kali dia ulang.
Memang terbaik.. Cikgu BI,boleh tahan la,ramai budak ignore dia kot..
Apa pun,aku paling semangat kalau belajar BI ni.. Muahahaha..
SEJ,guru kelas aku.. Pendek je orang nya.. Encik Fahadi..
Dia bagi nota yang sangat-sangat banyak.. Dia best,sporting..
Blur-blur,tak suka marah,klakar,kelam kabut.. 
Hahaha,tergelak je aku bila ingat-ingat balik.. Tapi seriusly,dia baik.. ^^
Untung dapat guru kelas macam dia..
Cikgu SAIN,garang wooo,walau pun pendek je oranganya..
Tapi dia ajar..,memang terbaik.. Hihihihi,manyak syok ohhh!
Hahahaha,sekolah oh! sekolah..
Hmm,sabtu ni aku dah berangkat ke Thailand..
Sejak dapat tau papa dah book tiket hari sabtu tu.. 
Aku dah mula rindu sangat-sangat kat dia.. Ya  Allah,belum pergi lagi kot..
Takkan dah rindu kot.. *Pujuk hati sendiri.. Huaaaaa!! Seriusly rindu!! 
Emm,aku seminggu kat sana kot.. Huaaaaaaaa!!!!!!!!
Berat sangat hati ni nak pergi sebenarnya.. Tak sanggup..
Jujur aku tak sanggup....,sungguh aku tak bisa.. Cewahhh~
Aku harap,masa aku tak ada kat sini..
Dia akan jaga diri dia baik-baik.. Tak lupa ikut time untuk makan..
Harap dia tak beli benda-benda yang merepek,pembaziran tu amalan syaiton!!
Oh ya,masa dah menunjukkan aku perlu tidur! 
Jadi aku tidur dulu lah ye.. Muahahahaha.. Selamat hari rabu!
Semoga hari esok lebih baik dari hari ni..

# When time comes for you to give your heart to someone,make sure you select someone  who  will never break your heart,because broken hearts has never spare parts..
#Love is not to say,but to understand. Love is not to show,but to feel inside. Love is not to find faults,but to make the best..

Friday, January 13, 2012

Assalamualaikum

Selamat hari Sabtu.. Dah lama aku tak update blog..
Sangat-sangat busy.. Hehe.. Pasal sekolah..
Alhamdulillah semuanya ok je.. Penat jugak la.. Sebab banyak sangat kerja..
Penat yang berbaloi tak apa lah.. Hehehe..
Cikgu-cikgu semua ok.. Ni pun aku tengah tunggu,ckigu buat kelas tambahan..
Hari sabtu..,so hari sabtu akan datang aku akan busy jugak..
Padat bukan,jadual aku? Hihihihihi.. 
Biar lah penat untuk tahun ni.. Penat yang mendatangkan hasil lumayan..
Minggu depan ada latihan rumah sukan..  Aku kena pergi..,tapi tula..
Masalah transpot.. Hmm..,apa pun aku sanggup tempuh..
Untuk diri aku sendiri jugak kan?  Apa pun boleh la..
Ok,hari tu aku jelajah satu laman web ni,then aku ternampak benda ni..
Aku rasa meluat sangat..
Then post dia semua meleweh pasal aku..
Aku nak aje maki hamun dia.. Tapi ntah la..
Malas nak gaduh-gaduh ni..
Haih~  Aku harap sangat dia lupa kan aku cepat-cepat.. -.-
Selisih la.. Hishhhhhhhhhh!
Hmm..,life aku...??
Macam ni jela.. Hehe.. Semuanya ok,kecuali abang aku..
Dia tidur rumah orang,lepastu tak reti nak balik..
Risiko nya family yang kena tanggung..
Sedara aku selalu tanya..,"Mana Faeez? Dia kerja apa sekarang ni?"
Menipu bukan cara aku.. Jadi aku jawab la dengan jujur..
Abang aku dah tak kerja.. Lepastu,bukan nak cari kerja..
Melepak rumah orang..  Apa la faedahnya kan?
Aku malu sebenarnya..  Abang Epul dah tolong dia cari kan kerja..
Dia tak reti nak hargai.. Orang kerja kat Singapore..
Dia sibuk nak kerja Singapore jugak..
Bila dah dapat.. Buat perangai..  Aku tak faham la kadang-kadang..
Memang sesetengah manusia ni tak sedar di untung eh?
Haih~ Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah..
Kejap lagi aku nak layan cerita hindustan.. Hehehehe.. Tangkap feelin!
So..,have a nice today.. ^^

# Awak..,saya rindu sangat dekat awak. Rindu sangat-sangat. Hanya tuhan yang tahu. (◕﹏◕)

Saturday, January 7, 2012

H U J A N

Assalamualaikum

Selamat hari  Ahad..,di hari untuk berehat..
Aku baik-baik sahaja.. Sekolah pun  Alhamdulillah baik-baik sahaja..
Aku akan sentiasa buat-buat busy dalam hal sekolah.. Even aku tak busy mana pun..
 Cuma sengaja nak penuhkan otak aku ni dengan hal sekolah..
Hehehe.. Haaa! Pasal cikgu BM aku panggil  waktu rehat tu kan?
Dia cuma kasi kertas untuk buku komsas.. 
Esok dia tak datang,jadi aku tolong  wakil kan bagi kertas tu..
And suruh budak-budak tu buat kerja yang cikgu bagi.. Hahahaha..
Seriusly,kali ni aku jadi seorang yang tegas..  Aku tak tahu kenapa..
Aura ni datang dengan sendiri.. Bwahahaha..
Semalam aku pergi Pasar Karat.. Lepak kat sana dengan family aku..
And sedara-sedara aku..  Abang sedara aku meniaga kat sana..
So,aku sekaki laa.. Hihihihi.. Kenagan terindah lah semalam..
Masa nak tapau k.tiaw goreng,hujan boleh turun dengan lebatnya..
Haish!!  Apa lagi,terpaksa lah tempuh hujan-hujan tu.. Hahahaha..
Lari punya lari,last-last lepak depan bank..
Apa lagi..,aku,papa,akak and abg sedara,melantak k.tiaw tu depan bank tu juga..
Memang fun gila.. K.tiaw pulak tengah panas,dengan cuaca yang sangat sejuk..
Perghhhhh,tak boleh lupakan.. Rasa macam nak repeat balik je masa tu..
Hahahahaha.. Happy aku dapat mandi hujan semalam..
Masuk hari ni,dah dua hari hujan.. Cuaca yang sentiasa memahami hati aku..
Kenapa ek,hidup aku ni suka pendam-pendam..  Aku rindu gila dekat dia..
Tapi aku buat macam tak ada apa-apa,dan terus tersenyum..
Kenapa aku perlu macam tu? Hakikatnya aku tau,benda tu sakit..
Tapi aku teruskan juga pendam.. Ya  Allah..,hanya engkau yang maha mengetahui...
Jam sekarang pukul 12.30 tengah hari..
 Hujan lebat sangat-sangat,sambil di temani lagu Ombak Rindu by  Ajek Hassan..
Menusuk-nusuk,dalam hati aku ni..  Aduiii,semoga aku terus kuat untuk semua ni..

#Malam,kau bawa lah rinduku untuk dirinya yang jauh dari ku.  Agar dia tidak kesepian,selalu ada rasa cinta agung. Hujan bawa air mata ku yang mengalir membasuh luka ku.  Agar dia tahu ku terseksa,tanpa cinta dia di hatiku. 

Thursday, January 5, 2012

Assalamualaikum

Ahaaa! Mood update blog membuak-buak.. Hahaha..
Aku baru je sampai rumah,penat bole? Hikhikhik..
Balik-balik sekolah je terus balik rumah pakcik,macam biasa.. 
Macam tahun lepas..  Apa-apa aje lah,yang penting aku sekolah..
Itu paling utama dalam hidup aku..
Oh ya,sekolah hari ni baik-baik sahaja.. Have fun la jugak.. Hihihih..
Kat dalam kelas tu,aku langsung tak ada kawan rapat.. 
Macam biasa..,ignore yang lain.. Diri di utamakan..
Boleh di katakan,aku bawa diri sendiri jela.. Syok jugak macam tu.. 
Hahaha,kalau ada kawan,asyik nak berborak je..
Tapi ada la jugak minah-minah yang aku menyampah dari dulu..
Sampai lah ke hari ini,nak berbaik dengan aku.. Hikhik,gitu-gitu boleh lah..
Nak jadi sebahagian dalam hidup aku,mimpi jela..
Heee~ Sekolah kali ni best sangat..  Alhamdulillah la..
Hope,aku kekal kan benda ni semua sampai mencapai kejayaan aku..
Hmm,tadi masa balik..,aku boleh lambat keluar kelas..
Sebelum ni,tak ada maknanya aku nak macam tu..
Setiap kali pukul 1 je aku dah get ready nak balik.. Hahahaha..
Berebut-rebut nak balik.. Sekarang ni,benda macam tu dah tak ada..
Alhamdulillah.. Yessss! I can do it.. ^^
And esok,cikgu BM aku nak jumpa aku  waktu rehat.. 
Haih~ Kenapa la agaknya kan? Tertanya-tanya aku sampai sekarang ni..
WohooOo~ Mintak-mintak tak ada apa-apa yang pelik lerrr.. 
Lepastu,cikgu guru kelas aku bagi senarai nama-nama murid dalam kelas..
Suruh aku isi kan borang-borang murid.. 
Haiyakk,kerja aku ke tu? Seumur hidup tak pernah pun kena buat tu semua?!!!
Bukan tu patutnya kerja cikgu ke? Hmm,biasalah..,guru kelas "lelaki"..
Macam ni lah jadinya.. Semua nak harapkan anak murid..
Tak apa lah cikgu,saya tolong ye..  Apa yang termampu jela ye cikguu..
Haih~ Nasib badan,suruh ketua kelas..,si  Vicky,dia hanya tahu angkat bahu..
Haiyakkk!! Cikgu-cikgu lain semua pelik,kenapa dia boleh jadi ketua..
Wakakaka..  Aku macam biasa la,ketawa je yang aku tau..
Lepas tu,si  Vicky ni boleh terbalik kan jam dalam kelas dengan sengaja..
Hoiii! Gila lah..  Aku dah lah pendek,mana sampai nak betul kan????
Even pakai kerusi,belum tentu boleh sampai tahu tak? Gila!
Grrrrr~ Geram aku!! Nasib baik boleh bersabar lagi..
Tak apa lah,anggap ni satu ujian yang aku kena tempuh..
Insya- Allah aku mesti boleh buat..  Amin.. Kelakar jugak bila ingat-ingat balik..
Hahahahaha.. Budak-budak kelas aku semuanya mulut-mulut..
Mau cikgu tak pening melayan? Boleh sakit jiwa la cikgu-cikgu aku tu nanti..
Sabar la ye cikgu.. Saya boleh tolong,tolong ketawa jela..
Wahahaha.. Lepas ni busy la dengan koko.. WohoOo~
Apa-apa saya sanggup tempuh  wahai cikgu..
Dalam kelas,aku duduk paling depan sekali,betul-betul depan cikgu..
Terbaik.. Hahahaha,apa dah jadi dengan aku?
Tak pernah nak macam ni  woiiiiiiiiii!!  Wakakakakaka..
Hantu apa dah rasuk aku ni?? Heee~  Apa yang terbaik,aku sanggup langgar!
Cewahhh,semangat ni.. Hihihi,macam ni jela cara nak pujuk hati..
Semoga sukses memujuk.. ^^
Hmm,aku suka sangat-sangat dengar lagu..
Pada aku,lagu-lagu je yang memahami aku.. Perasaan aku,hati aku,jiwa aku..
Hihihihi,terima kasih lelagu!!  Hanya lagu yang tahu,apa yang bermain di hati aku..
Dalam gembira,sedih,kecewa,terluka..
Lagu sahaja pengubatnya..,hanya untuk "seketika" ubatnya..
Haih~ Kan bagus kalau orang-orang dalam dunia ni..
Boleh faham apa yang terbuku dalam hati..
Hohoho,payah jugak kan situasi macam ni..  Apa perlu buat.. S AB AR..
Hihihihi,macam biasa.. Pekara yang sama,terus berulang..
Tak apa,dah TERBI AS A pun.. " Ayat" untuk memujuk hati aku.. Dah terbiasa.. 
Hahahaha..  Apa-apa jela..  Kalau ini yang terbaik untuk orang sekeliling aku..
Itu yang terbaik untuk aku juga.. Jangan pernah fikir pasal hati aku..
Ya..,macam biasa.. Ngahhhhhhhh!!  Apa pun boleh la.. Hahahaha.. 

#Biarlah kau hanya menjadi bayangan yang indah,yang tak bisa aku milikki. Teruskan senyum,dalam hati,biar aku dah tuhan sahaja yang tahu. 

Wednesday, January 4, 2012

H M M

Assalamualaikum

Huiyoo,dah lama aku tak update blog.. Hikhik.. Rindunya kat blog..
Jam dah pukul 12 pagi.. 4/1/2012 hari pertama aku sekolah untuk tahun 2012..
Have fun sangat kat sekolah tadi.. Dapat cikgu pun  Alhamdulillah..
Cikgu yang sangat-sangat memuas kan hati aku..
So far,everything  was juz fine.. Hari ni berita baik,and kurang baik..
Pasal papa dah setle,sekola-sekola aku,adik,semuanya ok..
Pasal aku je,aku je yang bermasalah.. Hahaha.. Nak ketawa kuat-kuat boleh tak?
Demn! Jom nangis.. Ngahhhhhhhh!! 
Mood nak layan lagu 7 Pelangi - Ku Ukir Indah Namamu..
Seriusly,aku tak boleh buat benda tuh.. Mulut kata ok sahaja..
Hati aku? Mau tak berombak? Tsunami pun ada jugak ni.. Huaa..
Kenapa mesti aku? Kenapa??  Arghhh!! 
Setiap manusia ada masalah kan? Setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?
Tapi,apa jalan penyelesaian dia?  Apa??  What???!!
Ok,kali ni update pasal jiwa kacau.. Hahahaha..
Perut pulak berangin je,aduiii.. Nasib badan..
Ehhh!! Lari topic ni.. *Lepas nafas sekejap..
Apa patut aku buat? Dia yang selalu bagi aku semangat..
Dia yang selalu buat aku terus jadi kuat..
Sumpah,kali ni aku betul-betul rasa macam tu..  Aku tak sanggup  weiiiiiiiiiiii..
Bila rasa macam nak kehilangan dia.. Semangat aku hilang ntah kemana..
Kuat aku mula goyah..  Arghhhhh!!! 
Family aku pun tak ada bagi semangat macam tu.. 
Sebab,aku yang selalu bagi semangat kat family.. 
That mean,aku sendiri kena protect diri aku sendiri.. Seriusly,I can't handle it..
Tapi...,kalau ini yang terbaik,tak apa..  Aku terima.. T_T
Errrrrr,I need tissue please..  (◕﹏◕)

#Tell me  where it ends and I'll stop. Tell me  where to go and I'll leave. Tell me  when to be there for U and I  will. But don't tell me to stop loving U coz I never can and never  will.