Friday, December 30, 2011

2011
Assalamualaikum

Selamat pagi di hari Sabtu yang indah..
Hmm,hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2011..
Pagi yang terakhir,dan juga malam terakhir bagi 2011..
Semoga di tahun 2011 banyak mengajar kita dalam kehidupan..
Ada kenangan yang manis,dan juga yang pahit..
Dan yang kebaikkan pula kita boleh bawa ke tahun yang baru..
Selamat tinggal 2011,dan selamat datang kepada 2012..
Buang yang keruh,ambil yang jernih..
Tapi macam mana pula,kalau yang jernih tu langsung kita tak boleh nak miliki?
Hihihihi,senyum dan teruskan hidup.. Simple.. ^^
Semoga di tahun 2012 aku kurang menangis! Hahaha..
Bulan ni je aku tak terkira,berapa kali menangis.. Ish,ish,ish.. 
Apa nak jadi? Hehehe.. Banyak kenangan 2011..
Banyak pekara yang dapat dicapai..
Banyak juga pekara yang belum di capai,membuat kan aku tergapai-gapai..
Hahaha.. Dan banyak yang aku tak boleh lupa kan pada tahun 2011 ni..
Indah,senyum,gembira,sedih,blur,kosong.. Semua hanya dia.. (◕‿◕)
Minggu depan dah naik sekolah.. Tak sabarnya aku rasa..
2012,please be nice to me,ok? °_̯͡°
Hmm,tumpang tanya boleh tak? Jalan S AY ANG kampung RINDU daerah CINT A pekan HATI bandar K ASIH SAYANG dekat mana ya?
Hehehe.. Pagi-pagi lagi dah bangun,lepastu tak tahu nak buat apa..
Jadi nya mengadap laptop la.. Kejap lagi aku nak masak nasi goreng..
Teringin nak makan nasi goreng yang pedas sangat-sangat..
Muahaha,memang pedas la kalau aku masak.. Dengan cili padi macam apa..
Wahhh! Seronok jap.. Erghh! Semalam seharian duduk rumah..
Hari ni kawan-kawan ada ajak keluar.. Tapi,malas la nak keluar..
Ada yang ajak aku keluar makan,jalan sama-sama.. 
Hahaha,macam lawak je.. Dah buang tebiat agaknya.. Gila!
Ok fine.. Kau belanja,aku bayar....,pakai duit kau.. Muahahaha!!!!
Papa pesan,jangan keluar dengan mana-mana orang yang kita tak kenal..
So..,sorry guys..,papa aku tak kasi keluar.. Wahahaha!!...
Oh ya...,end year of 2011  with a single status..?  WohOoo!!
 Tak percaya aku..  Wahahaha,baru perasan and terasa,aku single rupanya..
Haha.. Have a nice life,nice day,nice everything la..,in 2012 everybody..
Start a new life  with a new spirit.. Alohaa~ 2011.. Olaa,2012..

#Kalau nak mimpi,biar mimpi sampai ke bintang.. Kalau tak tergapai pun,dapat capai langit pun jadi la kan  ?
By the  way lagu kat blog ni untuk someone yang telah mencuri hati aku. Hihihihi. Hye U! SaRaNgHaE oPpA(♥‿♥)

Thursday, December 29, 2011

R E D H A

Assalamualaikum

Jam sekarang pukul 11.05 malam.. Hari ini aku sihat-sihat sahaja..
Mengisi masa yang terluang ni dengan mengupdate blog.. Hahaha.. ^^
Tadi,lepas bangun pagi aku terus siap-siap.. Pergi mohon untuk duit 1 Malaysia tu..
Lepastu pergi buat passport.. Buat dekat Setia Tropika..
Ya  Allah! Pergi pukul 11 lebih..,passport nya siap pukul 5.30 petang..
Penat aku berdiri kat situ,dengan ramai nya orang.. 
Ingat kan hari kerja tak la ramai orang.. Sekali..,haaa! Jenuh kaki berdiri..
Hakhak.. Tak apa la,penat yang berbaloi..
Lepas habis pasal passport,aku 1 family kelaparan.. Tak makan lagi.. Hahaha..
So,pergi Sutera Mall,makan kat sana..
Lepas dah makan terus balik rumah.. Penatnya!! Hanya tuhan yang tahu..
Lepastu capai laptop,and online.. 
Tak pasal-pasal ada orang cari pasal dalam Facebook.. Geram boleh tak?
Aku penat-penat dia kacau nya aku.. Ini lah aku kalau dah penat..
Jangan la kacau,habis kena sumpah serempah dari aku.. Hahaha.. 
Nasib baik tak depan mata,mau makan kidal aku nanti? Hikhikhik..
Yeayyyy!! Passport dah ada dalam tangan aku.. Hee~
Dah! Malas nak cerita lebih-lebih.. Ihik~
Oh ya..,sejak dua menjak ni,aku tak berapa nak happy lah..
Walaupun aku dah tutup buku kesedihan aku,perasaan sedih tu masih ada..
Ya  Allah!! Buat lah aku tersenyum,walau apa pun yang aku rasakan..
Acha Septriasa - Sampai Menutup Mata..
Lagu ni sedih sangat.. Teguhkan lah hati aku untuk tempuh semua ni..
Kesedihan,pergi lah dari hidup aku..  Aku dah penat untuk terus bersama kau..
Kekecewaan,pergi lah sejauh-jauh yang mungkin..  
Aku penat dan tak kuat untuk bersama kau lagi.. Wahai hati,berhentilah..
Berhenti untuk semua ni.. Walaupun kau tak rela.. 
Tapi kau harus redha.. Redha untuk segala-galanya.. T_T

#Anywhere U are,I am near.  Anywhere U go,I'll be there.  And I'm gonna be here forever more. I  would never leave  when U needs me most.

Tuesday, December 27, 2011

A N G A N K U


Assalamualaikum 

Hari ni aku sihat-sihat sahaja.. Semalam satu hari duduk rumah je.. 
Hari ni pun sama agaknya.. Tv boleh rosak pulak..
Nasib baik semalam dapat jugak tengok cerita  Vanilla Coklat..,secara online.. 
Hehehe,nasib baik.. Haih~  Aku suka sangat cerita  Vanilla Coklat ni.. 
Nanti ada masa aku nak download dari first episod sampai last.. Heee~
 Jam sekarang pukul 3.00 petang!  Aku baru lepas bermandi-manda.. Hahahaha.. 
Oh ya,baru-baru ni,aku menjelajah dan tawaf satu laman web ni.. 
Lepastu aku ternampak satu gambar ni.. 
 Aku nangis tengok gambar tu.. Hahaha,tak tahu kenapa.. 
Dia amik gambar berdua je kot dengan perempuan tu.. 
 Aku tak tahu apa perasaan aku  waktu tu.. Cemburu,kecewa,sakit,sedih..
 Semua bercampur.. Hihihi.. 
 Aku harap itu kali terakhir aku nangis pasal benda tu..
 Ceyh~ Tengok 2-4 kali asyik nak nangis je.. Wahahahaha.. 
Opss! Lagu Ombak Rindu tengah play sekarang ni.. Hahahaha.. 
Layan jiwang petang-petang macam ni syok jugak kan? 
Ok,berbalik pada cerita gambar tu..  Aku sedih kot.. Hikhikhik.. 
Agak-agak siapa dalam gambar tu and nak tengok tak?
Ceyh~ Mana boleh.. Benda ni biar aku dan tuhan sahaja yang tahu..
 Sini tak makan rasuah taw.. Kahkahkah!
Malas la nak cerita lebih-lebih,sakit.. Hehehe..
Hmm..,tak lama lagi dah nak sekolah,tak sabarnya!! Sekolah,i miss you..
Hee~ Abang nak belanja untuk barang-barang sekolah.. Syoknya..
Sekali dua pasang kasut aku nak beli.. Muahahahaha..
Azam tahun baru,biar aku dan tuhan sahaja yang tahu.. Hihihihihi..
Lagu Eren - Senandung Malam on air now!!  Wakakaka,jadi Dj gila sekejap..
Ok,time untuk layan cerita-cerita yang aku download.. ^^

#Ku inginkan bintang menemanimu sepanjang malam. Ku inginkan kita terus bersama. (Yaya - Biar Dalam  Anganku)

Monday, December 26, 2011

F U N

Assalamualaikum

Selamat pagi di hari Selasa..
Sekarang jam pukul 8.05 pagi.. Jom sarapan dulu.. Hehehe..
Semalam tak update.. Ngahhhh!! Tertinggal pulak nak mengupdate..
Ahaa! Tadi aku mimpi ada dua ekor ular nak patuk aku,nasib baik aku sempat elak..
Gila la.. Pertama kali mimpi macam ni.. Tak suka!! Huh!
 Emm,semalam have fun sangat.. Petang siap-siap,pergi Kip Mart..
Papa,aku dengan makcik,bertiga..
Finally!! Dapat cerita Dolphin Tale.. Yeayyy!!
Lepastu,having dinner at MarryBrown.. Nasi Marrybrown and Milo ais!
Nyummy!! Ihik~ Lepastu,pergi giant.. Gila-gila kat sana dengan family..
Hahaha..,serius fun gila.. Gelak je bila ingat-ingat balik.. Hahaha.. Best!!
Aku tukar lagu blog.. Hahaha,hari tu tukar tak sampai satu hari pun..
Lagi syok lagu ni.. Suka gila..,hari-hari aku dengar.. Heee~
Then!! Semalam dapat dah benda yang aku nak..
Tadaaaaaaa.....!!!!
Happy!! Hahahaha.. Even RM35 sahaja.. 
Pada aku,benda ni sangat berharga and mahal!! Heee~
Dulu aku pernah beli jam Swatch,faham-faham jela harga dia macam mana.. =='
Last-last hilang macam tu je.. Hahahaha.. Sorry mama!! -.-
Selepas kejadian tu,aku buat keputusan untuk beli jam Swatch like a switch RM10 sahaja..
Hahahahaha.. Aku beli time birthday aku haritu.. 1/4/2011..
Sampai sekarang masih ada lagi and hidup.. Grrrr~
Tapi dah buruk.. Hihihi..  Thank you makcik.. Hug and kiss.. WohOoo..
Lepastu..,aku download  video dari u-tube banyak-banyak..
Syok boleh tak? Hahahaha.. Macam apa dah aku ni..
Download je kerja.. Tapi puas hati la.. ^^
Gigi!!  Aku tengok kau happy sangat sekarang ni..  Alhamdulillah..
Semoga kebahagian tu kekal selamanya dalam hidup kau ye..
Haih~ Hari-hari call aku cerita pasal ehemm.. Heee~ Gidik~ 
Hahaha.. Apa pun aku happy sangat untuk kau dear..
Hmm,Zira!! Mana kau? Lama tak contact kau..
Otak aku blur sangat sampai satu tahap tu,aku hanya tahu,tenung,terkebil-kebil mata..
Wahahahaha.. Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku..
Yang penting..  Aku dah tutup buku kesedihan aku..
Insya-Allah tak ada dah kisah sedih dalam hidup aku.. Hopefully!!
Hari ni makcik tak kerja.. Gidik~ Hahaha..
Wahhhh!! Perut aku main gegendang!! Rom pom pom~
Sambal belacan!! I need you more..  Pagi-pagi dah sambal belacan?
Apa pun boleh la.. Hahahaha...!!!!!

#When you love someone,its something.  When someone love you,its another thing!  When you love the person  who love you back,its everything!! Start a new life with a new spiritz. Have a nice day today! (◕‿◕)

Sunday, December 25, 2011



Assalamualaikum

Hari ni baik-baik sahaja..
Haih~ Semalam tak dapat nak update,sebab kepala aku ni blur sangat..
And hari ni satu hari aku layan tv.. Hikhikhik..
Cerita Narnia 2 petang tadi memang syok.. Tapi,Narnia 3 tak dapat tengok lagi..
Sedihnya.. Siapa lah yang baik hati nak kasi aku pinjam CD cerita Narnia 3 ye?
Lepastu,ada cerita baru nak keluar 29/12 nanti..
Cerita Papa I  You.. Ihik~ Tak sabarnya nak tengok.. Hmm..
Semalam pergi Kip Mart beli barang dapur sikit..
Lepastu pergi Sutera Mall cuci-cuci mata.. Wahahahaha!!
Ramai apek-apek handsome  wooo.. Hihihihi..
Ni pun aku baru balik dari Kip Mart,beli CD..
Cari CD Narnia 3 tu,tapi dah habis stock pulak.. Step up 2 pun sama..
Cerita Dolphine Tale lagi.. Hish! Semuanya tak ada kan? Geram aku..
Time tak nak beli,mesti ada.. Time nak beli,habis,habis,habis dan habis!
Haih~ Nasib badan.. Sekarang ni tak berapa nak ada mood.. -.-
Hati tengah terbakar ni..  Arghhhhh!! Geramnya bila ingat-ingat balik..
Tak apa,aku akan pastikan benda tu mesti akan jadi milik aku!! One day..!
Oh ya..,lagu kat blog ni comel sangat.. First time dengar,aku terus minat..
Even aku tak tahu apa tajuk dia mula-mula tadi.. -.-
Nasib baik hafal sikit-sikit lirik dia.. Apa lagi? Search google,search youtube..
And finally? I got it! Yeayyy!! Hikhik..
Hmm,hari ni satu hari aku layan lagu Christina Perri -  A Thousand Years..
Lagu cerita Twilight.. Mendalam sangat lirik dia..
Dari first cerita sampai la sekarang ni..
Aku tak pernah jemu dengan cerita Twilight.. Hihihi..
Love it so much!! Lepastu aku ternampak  video Raja Lawak pulak..
Sakit perut ketawa.. Spontan je cara lawak dia..  Aku suka.. 

#I have died everyday  waiting for you. Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years. I'll love you for a thousand more. (◕‿◕)

Friday, December 23, 2011

D U L U

Assalamualaikum
Sekarang jam dah pukul 2.36 pagi.. Mata aku masih segar bugar!
Aku baru je habis tengok cerita  Vanilla Coklat..
Slot Lestary,setiap hari Selasa,jam 9.00 malam! Hari tu tak dapat tengok..
So aku tengok ulangan dekat tonton.com.my..
Cool jugak la cerita ni.. Yang paling aku suka,watak Izara..
Hahaha,asyik bertekak je kerja.. Serius suka..
Then  Aiman Mentor pun ada sekali.. 
Haaa,si  Aiman ni la asyik bertekak dengan Izara.. Muehewhewhew~
Ada Ikram Dinzly sekali..  AwWww~ Pujaan aku tu.. Tetttt,mimpi je boleh la.. ^^
Hikhikhik.. Ni sinopsis  Vanilla Coklat..
-Drama Vanilla Coklat mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin atas permintaan keluarga. Mereka terpaksa akur,tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai.
-Apakah mereka akan jatuh cinta,terus membenci,memutuskan untuk bercerai atau bersama? Penonton perlu menyaksikan konflik yang akan dipaparkan menerusi drama ini.
Wohooo! Kah win kontrak la ni? Nak jugak la. Wahahaha..
Tapi tak baik kot.. Haritu ada baca someone tanya pasal "kah win kontrak"..
Tak baik kata beliau.. So,mintak di jauhkan! Fuhhhhh~
Oh ya..,aku dari tadi dengar lagu  Adele - Someone Like You..
Adele nyanyi dengan penuh emosi..  Aku suka..
Haaa,ajak si  Adele ni kah win kontrak tak apa kot.. Wahahaha!!!
Dulu kan,masa aku kecik-kecik,aku pernah buat semua ni..
1 - Masuk dalam bilik,lupa apa yang aku nak buat,keluar semula,baru ingat semula.
2 - Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
3 - Fikir bentuk hati yang sebenar macam ni .
4 - Tutup peti sejuk perlahan-lahan,sebab nak tengok bila lampu terpadam.
5 - Cuba "balance" kan suis lampu antara ON dan OFF.
6 - Buka kipas meja,cakap depan kipas,nak dengar suara bertukar. 
7 - Naik kereta tengok bulan and ingatkan bulan ikut aku.
8 - Naik basikal,boleh lepas tangan dari "handle" aku rasa hebat.
9 - Masa sekolah,ada orang bagi susu free,lepas dah amik sekali,aku menyamar jadi orang lain,beratur and amik lagi.
10 - Dulu,aku selalu lukis burung guna huruf "m".
Ok,time aku taip ni semua,sakit perut ketawa.. Hahahaha..
Kelakar bila ingat-ingat balik..
Tapi itu lah yang terjadi pada aku,time aku kecik-kecik.. Hahahaha..
Masa dulu,aku rajin tengok cerita hidustan,ada sampai satu part tu..
Aku terfikir nak kah win dengan Sharukh Khan.. Wahahaha!!
Perasan!! Hahahahahaha..
Hari ni rasa nak ketawa je.. Dari kat giant tadi..
Masalah teknikal telah berlaku dalam kepala aku agaknya..

Oh ya..,dari tadi aku layan lagu Tom Bo xer & Morena feat J  Warner - Deep In Love..

Syok lagu ni.. Guyang-guyang aku di buatnya.. Hahahaha..

Jam dah pukul 4.00 pagi! Layan youtube sangat.. Ini lah padahnya..

Haih~ Lapar la pulak pagi-pagi macam ni.. Koko krunch! I need you!

#Sometime it lasts in love but sometime its hurts instead.. Start a new life  with a new spiritz! Ganbbate!

Thursday, December 22, 2011

J A N J I


Assalamualaikum

Selamat pagi di hari Jumaat yang indah.. ^^
Terlanjur rajin nak mengupdate blog..
Aku nak cerita pasal aku dulu-dulu..
Ni aku pakai hentam buta ya..  Apa yang ada dalam kepala otak aku,aku taip je..
Dulu,masa aku baru-baru kenal lagu ST12 - Jangan Pernah Berubah..
Hari-hari aku dengar.. Boleh di kata kan,satu hari tak sah kalau tak dengar..
Lepas tu aku suka feeling sorang-sorang.. Poyo nya..
Lepas dah feeling-feeling,menangis.. Haaaa,pulak dah.. -.-
Banyak lah lagu yang aku buat macam tu.. Feeling,nangis,feeling,nangis..
Pusing-pusing,benda yang sama.. Dan!! Kebanyakkan lagu Indonesia..
Muahahahaha.. Lepastu,aku kalau tengok cerita feeling!
Aku akan menangis.. Menangis aku,bukan biasa-biasa..
Tapi teresak-esak! {dah kenapa? Buang tebiat?}
Dan orang paling menyampah bila tengok aku macam tu..
Adalah adik aku.. Wahaha!! Dia akan marah kalau aku macam tu..
Aku apa lagi,mula la nangis kuat-kuat kat depan muka dia.. {padan muka!}
Satu kepuasan bila aku buat macam tu.. Wakakaka!! 
Yang terkena tempias pun padan muka la ya..
Seterusnya,aku suka baca novel.. Heeee~ [ulat buku la konon]
Lagi-lagi pasal cinta ni,aku nombor satu.. Hahahaha..
Percaya atau tidak?! Baca novel pun boleh nangis..
Muahahaha.. {mendalam sgt la kononnya time baca novel.. puih!}
Nangis je kerja aku.. Tak ada benda lain ke haa?
Aku ni seorang yang kasar! Tapi dengan orang tertentu je aku kalah..
Kenapa? [haaa,tu yang kita tak tahu tu]
Apa pun tak boleh..
Wahai hati,wahai diri,wahai jiwa,wahai otak..
Sudah-sudahlah tu merindui dia.. Grrrrrrrrrrrr~
Nak tenang kan jiwa dengan mimpi yang indah..
Sambil layan lagu  Akim - Janji.. 
To Sponkbob,I love You..
Thank you sponkbob.. Because,when i look at you,you  will make me smile..
Even 100 times i look at you,more than 100 times i'll smile..

#Have a nice day today.. Start a new life  with a new spiritZz..  Aloha~

L A G U

Assalamualaikum

Selamat malam DuNi A!
Hahaha.. Hari ni happy sangat after dapat tau story tu dari Gigi..
Gigi,aku tumpang happy untuk kau yunk.. Hihihihi..
Hope korang tak macam-macam ea.. Sorang-sorang aku kidal nanti.. 
And Zira,sorry yunk,tak dapat ikut kau pergi City Square tadi..
Poket kering..,lepastu petang baru kau nak ajak keluar?
Memang mimpi lah aku nak keluar.. Hahahaha..
Nak makan kidal papa aku,aku keluar la petang tadi.. Muehewhewhew~
Zira!! Pasal semalam yang kau story tu,its a good news tau..
Kalau kau happy pasal benda tu,aku tumpang happy untuk kau sayang..
Hihihihi.. Wahhhh! Masing-masing bina taman bunga dalam hati nampak?
Hahahaha.. I'm happy for you girls.. Hope,itu yang terbaik untuk kau dear..
Macam-macam..,memang aku kidal! 
Girls!! I'm happy for you!! Big Smile here..! (◕‿◕)
Sekarang jam dah pukul 12.24 pagi.. What?! Hahahaha..
Hari ni aku nak ketawa je.. Aku tak tahu kenapa.. Hahahaha..
Sekarang ni aku tengah menikmati satay! Satay daging jela yang aku melantak!
And timun.. Nasi empet tak ada.. Choii!
Favourite aku tima raya,kuah kacang dan nasi empet sahaja.. Itu sudah mencukupi!
Tak ada tu dua,tak sah oiii! Hahahaha..
Lagi-lagi kuah kacang air tangan arwah nenek aku.. Hmm..  Al-Fatihah..
Kuah kacang beliau lah yang terbaik dalam dunia ni.. ^^
Sekarang ni aku tengah layan lagu  Amir Jahari - Tanpamu.. 
Kali ni tak ada silap taip macam kat Facebook.. Wahahaha..
Aku suka lagu ni.. Rentak dia,lirik dia.. Fun!! ^^
Bila dengar lagu ni,aku rasa macam nak menari je.. Hahaha..

- Embun pagi yang lembut,menyentuh pipi yang gebu. Awan pun turut terikut,hingga pagiku sambut..
- Tanpamu ku kan terlewat. Tanpamu ku kan sedih. Kerana kau lah penyelamat,dan akan sentiasa di hati..

#I never stopped loving U. I just stopped showing it. 

Wednesday, December 21, 2011

S E N Y U M A N =)


Assalamualaikum

Selamat malam!
Huh! Terselamat dari kena selsema dan batuk.. Terima kasih panadol!
Hari ni mood tak berapa baik.. Aku pun tak faham kenapa dengan aku ni..
Apa lagi yang tak kena? Haih~ Geram aku,dengan diri aku sendiri..
Jam sekarang dah pukul 11.30 malam!
Dari tadi cuba untuk tidur,tapi tetap tak boleh.. Ada sikit hampa disitu..
Arghhhh! Tensen.. Tapi aku tak tahu aku tensen dengan apa..
Blur..,yang aku tahu,memang ada something tak kena.. Tapi apa?
Ada sesiapa yang boleh ketuk kepala aku tak?
Sakit otak gegurl.. Haishhh!  Whats  wrong  with me?
Hmm,hari ni satu hari duduk rumah je.. Bangun,online sekejap,then offline..
Terus layan u-tube,tengok Yuna inspired.. Its awesome!!
By the  way..,part Qi hantar Yuna kat KLI A sweet sangat.. 
Teruja aku tengok.. Hahaha..
Then layan episode last cerita Cinta Elysa.. Alololo,sweetnya  Aril dengan Elysa..
Hihihihi.. Jemless gegurl.. Haritu tak dapat nak tengok..
So tengok ulangan dekat tonton.com.my..
Now,aku tengah layan lagu  Adele - Someone Like You..
I'm totally in love  with  Adele since lagu Rolling In  A Deep..
Her  voice..,oh my god.. Make me melt.. Hahahaha.. By the  way,she  very talented.. 
And i'll always support her! Go  Adele!! Hahaha..

#Walaupun hati disakiti berjuta kali,aku tetap senyum  walaupun senyuman itu tidak semanis senyuman sang penipu.

Tuesday, December 20, 2011

J I W A

Assalamualaikum


Selamat hari Selasa!
Hari ni aku baik-baik sahaja. Saudara aku semua dah pulang ke rumah beliau..
Sunyi nya rumah aku.. Maka,kembali la life aku yang membosankan!
Hmm,tak lama lagi dah nak sekolah.. Tak sabarnya rasa.. ^^
Kenapa aku hari-hari sedih? Kesedihan memang hak milik aku ke?
Baru nak bangun dari tersungkur,tersungkur semula..
Wahai hati,kenapa kau tetap bekeras mahu kan dia? Sedang kan kau tau hakikatnya apa..
Dia takkan dapat aku miliki..
Tak tahu macam mana lagi aku nak pujuk hati aku ni.. T_T
Hati!! Sudah-sudah la tu..
Gigi,Zira..,aku nak pinjam bahu korang..
Aku dah tak larat.. Aku tau nak nangis je.. I need you both!
Hmm,video yang aku share ni.. Aku suka lirik dia..
Tak ada mood nak type lagi..

#In my heart beat just U.

Sunday, December 18, 2011

Rindu Blog! 


Assalamualaikum

Berhabuk blog aku! Hahaha,rindu sangat nak update blog..
Baru hari ni kerajinan mengupdate ni hadir!
Dengan line macam tettt. Lagi pun sedara ramai kat rumah..
Hihihihihi.. Bukan selalu dapat macam ni..
Jadi aku guna kan sebaik-baik mungkin! I really enjoy the day.. ^^
Hmm,lagi berapa minggu je dah nak sekolah.. Tak sabar pun ada jugak..
Happy Mamala (Mak sedara) ada kat sini..
So,sedara semua bergabung! Happy tak terkata..
Then hari tu 13/12/2011 hari selasa birthday abang aku! 
So,aku ramai-ramai dengan sedara sambut birthday abang aku kat Suara Ok!
Sekali 6 jam duduk kat bilik karoke tu. Hahaha..
6 jam tu! Boleh bayangkan tak? -.-
But ya!  We really enjoy the day! Having so much fun..
Can't even forget that day..  And i miss that moment..
Erghhhh! Sakit perut pulak pagi-pagi ni.. Tak kena masa betul la..
Oh ya! Jam sekarang pukul 6 pagi.. Yang aku ni pulak tak tidur-tidur lagi..
Apa nak jadi? Aku pun tak tahu..
Kejap lagi Mamala dah nak balik.. So hari ni dia akan bertolak ke KL..
Lepastu ke Penang,Phuket and back to  Australia..
Sedihnya!! I'm gonna miss you mama!! T_T
And i'll  wait for you till next year.. On March, we  will meet again..
Tak nak nangis! Sebab aku kuat macam powerpuffgirl.. Keep smiling!! (◕‿◕)

#Biar ku pujuk hati ini. Merawat rinduku sendiri. Setelah aku kau lukai. Sedangkan kau tahu. Kasih aku hanyalah untukmu. Tiada lain dalam diriku. Takkan berubah,walau dipisah laut biru. Cinta aku hanyalah untukmu. Tak pernah goyah. Tak pernah jemu. Takkan terpadam dalam hatiku. Ia milikmu..,percayalah. 

Friday, December 9, 2011

CERITAKU

Assalamualaikum


Hari ni sihat-sihat sahaja!
Emm,tadi after bangun tidur terus tolong orang dapur masak..
Hehehe,after dah masak,kita orang makan ramai-ramai..
Syok habis.. Suasana yang macam tu.. Happy tak terkata..
Ohhh ya! Kita orang makan spegati..
Hihihihi,buat sendiri.. Aku pun dah tahu macam mana cara-cara dia..
So,boleh masakkan!  Wahhh! Hehehe.. ^^
So,kejap lagi nak pergi rumah mami (mak sedara)
Tidur sana.. Emmm,facebook tak online,handphone off..
Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku buat ni.. Blur..
Aku tak tahu apa lagi yang aku tengah mencari..
Pada bini-bini aku,jangan risau,aku baik-baik sahaja..
Apa-apa aku akan contact korang semua ok?

#Ku ukir indah namamu dan ianya tersemat indah di hatiku.. Kini biarlah aku mencari "sesuatu" yang boleh buat aku terima kenyataan bahawa,kau takkan dapat kumiliki.. Itu kenyataannya yang aku harus terima.. Dan itulah hakikatnya.. Kalau itu yang terbaik,aku redha.. 



#Dengarkan,dan fahamkan betul-betul.. This  what i need "the answer" and i really mean it..

Wednesday, December 7, 2011

I'LL BE BACK BY 2PM (SLOW VERSION COVER BY  Amalia Alias)


Assalamualaikum



Suka sangat dengar lagu ni,lagi-lagi cover by  Amalia  Alias..
Its really awesome..
Nasib baik tak tukar lagi lagu blog.. Hahaha..
By the way,esok sedara aku ramai-ramai nak lepak rumah aku..
Yess!  Very happy and,tak sabar.. Hihihihi.. ƪ(˘⌣˘)┐
Ok then,enjoy the song.. ƪ(˘⌣˘)ʃ

Ehem!!

Assalamualaikum

Hari ni baru ada mood nak update..
Hari ni satu hari duduk rumah je..
Bosan jugak.. Tapi nak buat macam mana? Nasib badan..
Hmm,semalam bini-bini aku semua menangis..
Biasalah,masalah dunia kan?
Nasib baik aku tak nangis.. Hahaha..
Aku lah perlindung diaorang,kalau aku menangis sekali,susah lah..
Jadi,aku kena terus kuat.. ^^
Kuat macam powerpuffgirl.. Hehehehe..
Sebak jugak dengar diaorang nangis.. Tapi nak buat macam mana?
Sabar jela yang termampu..
Aku ni pun bukannya tak ada masalah..
Boleh di kata kan,masing-masing ada masalah tersendiri..
Cuma kita je,nak tunjuk atau pun tak.. Hahaha..
Lumrah kehidupan.. Kalau boleh di tolong,insya-Allah aku tolong..
Kalau tak boleh,minta maaf lah ye..
Apa pun,setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. ^^
Cuma kita je belum jumpa jalan penyelesaian tu..
Insya-Allah pasti ada.. Banyak-banyak kan bersabar..
Itu lah yang aku selalu buat,bersabar macam tunggu pun ada jugak..
Hehehehe.. Selalu kuat! Selalu senyum! Selalu bersabar!
Selalu segala selalu lah..! Hahahah.. (◕‿◕)
Aku tukar lagu blog untuk kali ni.. Viva forever by Spice Girls..
-Viva forever,I'll be waiting..
-Everlasting,like the sun..
-Live forever,for the moment..
-Ever searching,for the one..
And,I really mean it.. (◕﹏◕)

#Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan-lahan.. Dengan kekuatan yang ada,kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan,namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang tahu,dia tetap pernah bertahta di hati  walau kita berlajar melupakannya..

#Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita,tetapi lebih baik menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kita kepadanya..

#Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan,terlalu payah untuk dilupakan,namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan  walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan..

#Walau apa dugaan,walau apa rintangan.. Kita kena hadapi dengan redha.. Selalu kuat kan hati,untuk terus tempuhi segala dugaan dan rintangan..

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu!!


Assalamualaikum

Hari ni baik-baik sahaja!  And happy sangat hari ni.. (◕‿◕) 
Oh ya! Tadi pegi tengok cerita Ombak Rindu.. Boleh tahan la cerita tu..
Lagi power cerita Lagenda Budak Setan.. Itu je aku boleh cakap..
Malas nak comment lebih-lebih.. Yang penting,aku tak nangis ok!
Hahahaha.. Ngahhh! Semalam have fun habis..
Lepaking dengan sedara ramai-ramai.. 
Memang tak ingat dunia aku di buatnya.. ^^
Then main game  Xbo x,dance game.. Hamekkkkkkkk!
Lenguh tangan aku,sampai sekarang terasa sakitnya.. -.-
Padan muka aku!!
Dalam hidup aku,apa nak jadi,jadi lah.. Yang penting aku puas!
Berani buat,berani tanggung! Yeahhh..
Errr,sakitnya tangan ni..

#Cinta tak kejam. Cuma manusia tak pandai menghargai cinta  .

Saturday, December 3, 2011

Miss The Old Me!


Assalamualaikum


Hohoho,hari ni baru dapat update blog. Haha! 
Berukband boleh rosak pulak. So ni dah re-new.. 
And...,boleh lah update blog and online! Hikhikhik..
Aku tukar lagu blog lagi.. ^^
Lagu ni buat aku teringat masa aku kecik-kecik..
Rindu suasana aku yang dulu-dulu.. Keluarga masing-masing bersatu..
Sekarang?  Alhamdulillah,sekarang masing-masing bahagia.. 
I'm happy for that..
Tapi,suasana yang aku mahu tu,dah tak ada.. Takkan pernah ada,mungkin?
Hanya mama! "Mamala" sahaja yang mampu kembali kan suasana tu..
 (Tapi tak seindah dulu)
(Mamala) Mak sedara aku.. Dia dari  Australia,now dah balik JB.. ^^
Happy tak terkata.. So,nanti boleh lah kumpul sedara ramai-ramai..
Haih~ Tak sabar nya rasa!! Excited!! Hahahaha.. (◕‿◕)

Kisah hati aku!!
Aku mengaku,aku suka kan seseorang! 
Dan aku tahu dia takkan mungkin jadi milik aku..
Aku sedar siapa diri aku di mata dia..
Hanya seorang **** dan *****..
Ya,aku ingat tu.. ^^
Aku suka kan dia sejak pertama kali kita kenal.. 
Walau pun hanya dalam  "Alam Maya" pelik,tapi itu lah kenyataan nya..
Hingga lah ke alam nyata.. Happy tak terkata,hanya tuhan yang tahu.. (◕‿◕✿) 
Perasaan ni hadir dengan sendiri,tanpa aku inginkannya..
"Ayat macam poyo!" So  what?!
This  what I feel! From heart to blog,maaaaa.. Haha..
Arghhh! Kenapa aku suka dia?  Aku pun tak tahu..
Dalam hati ni dah terukir nama dia..
Hmmm,ntah la..

#Kalau di beri peluang untuk saya cakap sesuatu kat awak. Saya nak cakap kat awak yang saya sayang kat awak. Saya akan sayang kan awak sampai bila-bila. Walaupun keadaan akan membuat kan saya terluka.. Saya terima! Sebab perasaan ni hadir dengan sendiri.. Dan dah macam-macam cara jugak saya buat untuk lupa kan awak,saya cuba buang perasaan ni jauh-jauh.. Tetap tak boleh! Perasaan ni semakin hari semakin kuat.. Kusutnya keadaan macam ni.. Tapi saya tetap nak carry on. Sebab...,saya kan kuat. Macam powerpuffgirl.. (♥‿♥)